Sindiket dadah antarabangsa lumpuh, Kastam rampas lebih 250kg dadah bernilai RM18.2 juta

Sindiket dadah antarabangsa lumpuh, Kastam rampas lebih 250kg dadah bernilai RM18.2 juta

Sindiket dadah antarabangsa lumpuh, Kastam rampas lebih 250kg dadah bernilai RM18.2 juta
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan menunjukkan dadah jenis MDMA dan ketamin yang dirampas di Kompleks Kargo Udara, KLIA, Sepang, pada 18 Julai lalu ketika sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kampung Jijan, hari ini. NSTP/Ahmad Hasbi

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 250 kilogram (kg) dadah jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan ketamin yang keseluruhannya bernilai RM18.2 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selasa lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan, berkata dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, JKDM menyita 18 kotak dengan 12 daripadanya mengandungi bungkusan plastik lutsinar dengan bahan ketulan kristal disyaki MDMA seberat 232.05 g dianggarkan bernilai RM17 juta.

Katanya, ia penemuan terbesar kastam membabitkan MDMA, dengan jumlah berkenaan boleh menghasilkan kira-kira 1.5 tan ekstasi.



“Turut ditemui, satu kotak mengandungi bungkusan plastik dengan bahan serbuk kristal putih disyaki ketamin seberat 20.55 kg (RM1.2 juta) manakala lima kotak lagi ialah cakera brek kereta.

“Sindiket terbabit mengisytiharkan barang berkenaan sebagai aksesori kereta, sedangkan di dalamnya terdapat kotak mengandungi dadah berbahaya, sebagai modus operandi bertujuan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kampung Jijan, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




Zazuli berkata, siasatan awal mendapati dagangan berkenaan diimport dari sebuah negara di Eropah dan kemudian mendarat di Kompleks Kargo KLIA sebagai destinasi terakhir dan bekalan dadah itu adalah untuk pasaran di dalam negara.

Katanya, hasil risikan mendapati pengimport berkenaan menggunakan maklumat palsu dalam dokumen pengimportan sehingga menyukarkan tangkapan dibuat ke atas pengimport dagangan terbabit.

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek yang dipercayai warga tempatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sindiket dadah antarabangsa lumpuh, Kastam rampas lebih 250kg dadah bernilai RM18.2 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button