Penghendap ganggu jurugambar wanita kini dalam rawatan di HKL

Penghendap ganggu jurugambar wanita kini dalam rawatan di HKL

Penghendap ganggu jurugambar wanita kini dalam rawatan di HKL

KUALA LUMPUR: Lelaki yang disyaki sering menghendap dan mengganggu kehidupan seorang jurugambar wanita dikenali sebagai Acacia Diana menerusi akaun media sosial, dikesan berada dalam rawatan di bawah Jabatan Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Orang Yang Disyaki (OYDS) berusia 37 tahun dan berasal dari Shah Alam itu, dihantar sendiri oleh keluarganya bagi mendapatkan rawatan di HKL pada 17 Julai lalu.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata laporan polis sudah dibuat sejak 2018 oleh jurugambar wanita yang menerima gangguan seksual secara dalam talian.

“Polis menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada Khamis lalu, berhubung kes pemilik akaun Instagram yang sering mengganggu pengadu seperti yang tular di media sosial ketika ini.

“Dia sering mengguna akaun Instagram dan Twitter untuk berhubung dengan mangsa dan memberi komen-komen cinta dan menghantar pesanan berbentuk lucah sehingga menyebabkan ketidakselesaan pengadu,” katanya kepada BH, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




Mohamad Fakhrudin berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, polis mengambil tindakan membuat permohonan kepada SKMM untuk menyekat akaun-akuan media sosial milik suspek untuk menghentikan perbuatan dan perlakuan terhadap pengadu.

“Siasatan kes ini tetap berjalan meskipun ia dilaporkan sejak tahun 2018 dan pihak polis sedang melengkapkan siasatan termasuk mengumpulkan bukti-bukti kukuh untuk tindakan selanjutnya.

“Polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan daripada pihak hospital dan kertas siasatan akan dilengkapkan untuk dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut,” katanya.



Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.

Penghendap ganggu jurugambar wanita kini dalam rawatan di HKL


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading