Polis bantu tolak kenderaan rosak

Oleh – Syeikh Baran


Polis bantu tolak kenderaan rosak
Pegawai polis membantu menolak kenderaan yang rosak menggunakan motosikalnya. – TRIBUNJATENG

Tindakan seorang anggota polis di Indonesia yang membantu menolak kereta rosak menggunakan motosikalnya menerima pujian ramai, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Dalam klip video tular, sebuah kenderaan dilihat rosak dan terkandas di atas jalan raya.



Melihat kejadian itu, pegawai polis yang melalui jalan berkenaan membantu menolak kenderaan itu menggunakan kakinya sambil menunggang motosikal.

Video itu dirakam oleh seorang lagi pegawai polis lain yang menunggang motosikal di belakang mereka.

“Anggota Unit Trafik Polis Subang membantu pemandu sebuah kenderaan yang rosak dengan menolak menggunakan kaki,” tulis keterangan pada video tersebut. 

Tindakan polis tersebut tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen daripada netizen yang memuji tindakannya. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading