Iran bedil lapangan terbang Israel

Oleh – Syeikh Baran


Iran bedil lapangan terbang Israel
GAMBAR fail menunjukkan Lapangan Terbang Ben Gurion dekat Tel Aviv. – Foto AFP

Semua   lapangan terbang awam di Israel ditutup dari pukul 12.30 pagi (waktu tempatan) semalam berikutan serangan Iran, lapor portal berita The Time of Israel.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel (IAA) tidak memberikan butiran lanjut bila penerbangan akan disambung semula tetapi menyatakan,  kemas kini akan diberikan dari masa ke masa.



IAA mengesyorkan agar  penumpang menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing mengenai jadual penerbangan.
 

“Selaras dengan arahan sistem keselamatan, mulai 00:30 malam ini (waktu tempatan), ruang udara Israel akan ditutup kepada penerbangan antarabangsa dan domestik.

“Disebabkan kelewatan ketibaan penerbangan ke Israel, jadual penerbangan dari Tel Aviv dijangka berubah.  

“Orang ramai yang dalam perjalanan diminta untuk menyemak dengan syarikat penerbangan dan di laman web pihak berkuasa lapangan terbang tentang masa penerbangan baharu sebelum tiba di lapangan terbang,” kata kenyataan IAA seperti dilaporkan CNN.

Iran melancarkan sejumlah serangan dron ke Israel sebagai tindak balas serangan udara yang dipercayai dilakukan Rejim Zionis ke atas Pejabat Konsulat milik Teheran di Damsyik pada 1 April lalu. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading