Risiko perang melonjak, Jordan tutup ruang udara

Oleh – Syeikh Baran


Risiko perang melonjak, Jordan tutup ruang udara
JORDAN tidak membenarkan penerbangan masuk dan berlepas dari negara itu mulai semalam. – AFP

Jordan menutup ruang udara negara berkenaan kepada semua penerbangan keluar dan masuk buat sementara waktu bermula semalam, lapor laman berita Al Mamlaka.

Dua pesawat milik syarikat penerbangan Fly Dubai yang dalam penerbangan menuju ke Israel terpaksa  berpatah balik ke Emiriyah Arab Bersatu susulan penutupan tersebut, demikian menurut saluran televisyen Channel 12.



Suruhanjaya Kawal Selia Penerbangan Awam Jordan berkata, penutupan ruang udara dilakukan untuk menjaga keselamatan penerbangan awam di negara itu ketika risiko konflik melonjak di Asia Barat.

Suruhanjaya berkenaan memutuskan untuk menutup ruang udara  Jordan selepas melakukan  penilaian risiko keselamatan aviasi berdasarkan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Keputusan itu bagaimanapun akan disemak dan dikemas kini mengikut perkembangan semasa, kata suruhanjaya sama dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Al Mamlaka melaporkan bahawa pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Penerbangan Awam Jordan, Haitham Misto berkata, gangguan terhadap trafik udara Jordan telah menjejaskan Sistem Kedudukan Global (GPS) menyebabkan pesawat di kawasan itu menggunakan sistem navigasi alternatif. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading