Bawa semua penumpang beraya rumah mentua

Oleh – Syeikh Baran


Bawa semua penumpang beraya rumah mentua
Syatir membawa penumpang menjamu selera di rumah mentuanya. – Tiktok @msyatirtajuddin

Seorang pemandu bas menjadi perhatian pengguna media sosial kerana membawa semua penumpang berkunjung ke rumah mentuanya untuk menjamu selera pada Hari Raya Aidlfitri, lapor portal berita Tribun Jatim.

Pemandu berkenaan, Syatir dipuji kerana kebaikannya selepas video yang dimuat naik di akaun TikTok @msyatirtajuddin tular.
Disebabkan keikhlasannya membawa penumpang untuk makan percuma, ramai pengguna media sosial mencarinya untuk berkongsi rezeki.




“Tolong berikan saya maklumat berkaitan pemandu itu, insya-Allah saya ingin memberi penghargaan kerana masih ramai orang baik di Indonesia,” tulis seorang netizen.
“Boleh beri saya maklumat tentang pemandu, ada ‘rezeki’ sedikit untuknya,” komen seorang netizen lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading