Israel anggap Iran isytihar ‘perang’

Oleh – Syeikh Baran


Israel anggap Iran isytihar ‘perang’
Tangkap layar menunjukkan letupan di langit Hebron di Tebing Barat yang diduduki ketika serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel. – AFP

Israel menyifatkan serangan 350 peluru berpandu dari Iran sebagai pengisytiharan perang dan mengesahkan ia telah meluluskan rancangan untuk bertindak balas, lapor akhbar Daily Mail.

Presiden Isaac Herzog berkata, Israel enggan berperang tetapi menegaskan bahawa Tel Aviv akan bertindak balas selepas serangan udara Iran awal semalam.



“Ini adalah pengisytiharan perang. Kami sedang mempertimbangkan semua pilihan dan saya cukup yakin kami akan mengambil langkah yang perlu untuk melindungi penduduk (Israel),” katanya.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari menuduh Iran cuba merisikokan Asia Barat dan meningkatkan ketegangan serantau dengan menembak dron, peluru berpandu kruz, peluru berpandu balistik dan roket ke arah Israel semalaman.

“Sepanjang dua jam lepas, kami meluluskan rancangan operasi untuk tindakan serangan dan ‘pertahanan’,” ujarnya.

Dia tidak menjelaskan pelan yang diluluskan, tetapi perkembangan itu berlaku selepas mesyuarat kabinet perang Israel.



Teheran sebelum ini memberi isyarat bahawa serangan tersebut merupakan tindak balas terhadap serangan udara Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria, yang mengorbankan dua jeneral tertinggi Iran awal bulan ini. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading