Pemilik kedai minta pembeli cari cincin melekat pada biskut

Oleh – Syeikh Baran


Pemilik kedai minta pembeli cari cincin melekat pada biskut
CINCIN berlian perkahwinan Monroe hilang dipercayai terselit dalam biskut yang dibakarnya. – Foto Sis Sweets Cookies & Cafe

Seorang pemilik kedai biskut merayu kepada pembeli untuk mengesan cincin perkahwinannya yang hilang, dipercayai melekat pada adunan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Dawn ‘Sis’ Monroe, merupakan pemilik Kedai Sis Sweets Cookies & Cafe di Leavenworth, Kansas.



Dia percaya cincin berlian bernilai AS$4,000 (RM19,099) miliknya mungkin secara tidak sengaja termasuk ke dalam adunan biskut semasa bekerja di kedai itu.

Dalam catatan di Facebook, Monroe menulis: “Bonus jika anda membeli biskut hari ini. Berlian (cincin) saya hilang. Saya tidak diwajibkan memakai sarung tangan apabila membakar (biskut). Hati saya sangat hancur. Ia tersarung di jari saya selama 36 tahun.”

Tambah Monroe, sejurus menyedari cincin itu hilang, dia mencarinya di dapur kedai dan sekitar premis tersebut.

“Maaf jika anda menjumpainya. Saya tidak pernah membuka cincin itu dalam keadaan apa sekali pun,” ujarnya. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading