F1: Hamilton makin sukar buru kejuaraan dunia

Oleh – Syeikh Baran


F1: Hamilton makin sukar buru kejuaraan dunia
HAMILTON mengakui tidak mendapat maklumat lebih terperinci mengenai kekuatan jenteran Mercedes untuk saingan musim ini. – AFP

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mendedahkan bahawa dia perlu berbincang dengan ketua pasukannya, Toto Wolff butiran terperinci mengenai perpindahannya ke Ferrari bermula musim depan.

Mercedes dikatakan sudah mula menyembunyikan segala butiran mengenai jentera mereka kepada Hamilton selepas pemandu kelahiran Britain itu mengumumkan menyertai Ferrari pada Februari lalu.



Situasi itu menyaksikan Hamilton berdepan kesukaran untuk mengemudi jentera pasukan itu secara optimum ketika misi memburu gelaran dunia kelapan bersama Mercedes masih menyala.

“Saya rasa langkah pertama yang saya akan buat ialah melakukan perbincangan dengan Toto (Wolff) kerana saya tidak pernah berdepan situasi seperti ini.

“Sewaktu saya meninggalkan McLaren ketika itu adalah pada penghujung musim. Saya hanya menyertai Mercedes pada Disember dan ketika itu barulah saya dapat tahu tempat saya bersama pasukan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Hamilton turut mengakui bahawa dia akan mengutamakan fokusnya bersama Mercedes terutama berjuang mencari kemenangan bersama pasukan Silver Arrows tersebut.



“Ketika ini, semua tenaga saya adalah tertumpu kepada Mercedes. Buat masa ini, kami sedang berdepan cabaran yang sukar. Jadi, saya cuba melakukan terbaik dan memikirkan cara untuk kembali ke puncak,” ujarnya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading