Ekonomi negara berkembang 3.9%

Ekonomi negara berkembang 3.9%

Ekonomi negara berkembang 3.9%
FOTO HIASAN.

Bank Negara Malaysia (BNM) bulan lalu mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024, disokong oleh permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan peningkatan permintaan luaran.

Beliau berkata, sektor perkhidmatan meningkat sebanyak 4.4 peratus berbanding suku keempat 2023 pada 4.2 peratus, disokong oleh subsektor perdagangan borong & runcit, pengangkutan & penyimpanan serta perkhidmatan perniagaan.

Katanya, sektor pembuatan pula mencatatkan pemulihan kepada 1.9 peratus pada suku pertama ini selepas merekodkan penyusutan 0.3 peratus pada suku keempat 2023.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah


“Pertumbuhan sektor itu disokong oleh pembuatan produk mineral bukan logam, logam asas & produk logam yang direka; peralatan pengangkutan, pembuatan lain & pembaikan; serta roduk petroleum, kimia, getah & plastik,” katanya dalam satu kenyataan anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku pertama 2024 yang diterbitkan oleh DOSM, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, sektor perlombongan dan pengkuarian pula berkembang sebanyak 4.9 peratus berbanding 3.8 peratus suku sebelumnya, pertumbuhan yang didorong oleh peningkatan dalam semua aktiviti, dengan subsektor gas asli menjadi penyumbang utama.



“Sektor pertanian turut meningkat 1.3 peratus pada suku dikaji disumbangkan oleh pengeluaran kelapa sawit dan ternakan,” katanya.

Ekonomi negara berkembang 3.9%


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading