Enam busana Puteri Diana akan dilelong
Enam busana Puteri Diana akan dilelong
Hong Kong: Lapik bahu, warna kuning dafodil dengan butang emas berkilauan. Itu kemasan pada sut yang dipakai oleh Puteri Diana semasa lawatannya di Hong Kong pada 1989.
Ia antara enam pakaian milik Puteri Wales yang kini dipamerkan di wilayah bekas jajahan British itu.
Koleksi itu dipamerkan selama 12 hari di sebuah pusat beli-belah di sini bermula Khamis lalu. Ia kemudiannya akan dipamerkan di Ireland pada pameran berasingan, sebelum dilelong pada satu acara pada 27 Jun depan.
“Beliau (Puteri Diana) memberikan makna fesyen setiap kali dia berpakaian dan keluar rumah,” kata Martin Nolan, pengarah eksekutif Julien’s Auctions yang berpangkalan di California.
Sut kuning yang direka oleh Catherine Walker itu dianggarkan bernilai sehingga AS$50,000 (kira-kira RM239,500).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ops Lalang: Bekas Hakim Gesa Kerajaan Mohon Maaf Cara Terbuka, Kenapa Bukan Mahathir Yang Mohon Maaf
- Titah Adendum: Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Titah Adendum YDP Agong
- DS Zahid Sahkan Titah Adendum Tahanan Rumah DS Najib Wujud
Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah
GaunĀ tulle, satu lagi pakaian milik Diana yang akan dilelong itu pula dijangka bernilai AS$400,000 (kira-kira RM1.9 juta),
“Diana seorang yang berkarisma, penyayang dan setia kepada kebajikan. Itulah sebabnya ramai warga Hong Kong menghormatinya,” kata Fung.
Busana lain yang akan dilelong termasuk gaun malam sutera dan renda rekaan, Victor Edelstein, serta gaun bunga merah jambu, Catherine Walker. Ia dipakai Diana pada 1991.
Nolan berkata: “Orang ramai masih mencintai Diana seolah-olah dia bersama kami hari ini, dan itulah perkara yang menakjubkan mengenainya.”
Tahun lepas, Julien’s Auctions menjual salah satu pakaian malam Diana pada harga AS$1.14 juta (RM5.46 juta).
Enam busana Puteri Diana akan dilelong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bersihkan Negara Dari BERSIH
- Pembenci mati akal apabila Zahid beri sokongan pembebasan Najib
- Menjadi kesalahan dan Teladan buruk jika kerajaan tidak akur dekree YDPA
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan