MotoGP: Yamaha perlu ubah pendirian

MotoGP: Yamaha perlu ubah pendirian

MotoGP: Yamaha perlu ubah pendirian
YAMAHA perlu menukar formasi enjin mereka kepada sistem V4 dalam usaha memberikan cabaran kepada pasukan lain terutama Ducati. – AFP

LONDON – Yamaha dinasihatkan supaya mula membangunkan enjin berteknologi V4 untuk membantu mereka memberikan saingan lebih kompetitif dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Keengganan mereka untuk menukar polisi enjin ketika ini menyebabkan Yamaha kehilangan penguasaan mereka pada saingan tersebut selepas kali terakhir memenangi kejuaraan dunia pada 2021 menerusi Fabio Quartararo sebelum prestasi mereka semakin merudum.

Biarpun musim ini Yamaha berjaya mempamerkan sedikit peningkatan, namun penggunaan sistem Inline4 dilihat gagal memberikan cabaran sengit buat pasukan yang menggunakan teknologi V4.



Situasi tersebut mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan Yamaha akan mengikuti jejak Suzuki meninggalkan saingan MotoGP ekoran faktor kegagalan memberikan saingan yag lebih baik di kelompok hadapan.

Bekas pelumba profesional, Michael Laverty mengakui wujudnya kebimbangan mengenai perkara itu dan seharusnya perkara sama tidak berlaku kerana ia mampu menggangu kerancakan saingan MotoGP.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah




“Kebimbangan itu ada, namun tidak terlalu menebal. Kita masih mempunyai tiga tahun tempoh penggunaan peraturan sesama sebelum ia diubah sepenuhnya pada 2027.

“Ada perbincangan mengenai pengharaman beberapa elemen teknologi seperti aerodinamik, jentera direndahkan ketika permulaan serta kawalan di awal perlumbaan. Mereka mahu pelumba kembali menguasai motosikal.

“Jika pasukan berjaya melihat keperluan masa depan dalam perlumbaan MotoGP selepas perubahan pada 2027, ia suatu yang bagus.

Mereka mampu melakukan perancangan untuk tempoh 10 tahun,” jelasnya.Selain itu, Yamaha juga perlu mendapatkan pasukan satelit untuk memastikan mereka mendapat lebih banyak data bagi membolehkan peningkatan prestasi mereka. – AGENSI



MotoGP: Yamaha perlu ubah pendirian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button