Pemandu lori direman kes larikan rantai emas lebih RM7,000

Pemandu lori direman kes larikan rantai emas lebih RM7,000

Pemandu lori direman kes larikan rantai emas lebih RM7,000
Foto hiasan

AMPANG: Seorang pemandu lori ditahan, kelmarin, kerana disyaki melarikan seutas rantai emas seberat 22.34 gram bernilai RM7,774 selepas berpura-pura sebagai pelanggan di sebuah premis di Jalan Dagang, di sini, 4 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare, berkata suspek yang juga seorang lelaki tempatan ke kedai berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari kononnya mahu membeli rantai emas untuk isteri.

“Pekerja kedai emas itu yang berusia 32 tahun telah mengeluarkan tiga utas rantai leher dan meletakkannya di atas meja untuk dilihat suspek.



“Suspek mengambil salah satu rantai itu dan meletakkan di atas ribanya untuk mengambil gambar rantai.

“Suspek dikatakan berpura-pura menghubungi isteri sebelum mengambil seutas rantai emas dan memasukkannya ke dalam poket seluar tanpa disedari pekerja berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah




Seterusnya, beliau berkata, suspek memaklumkan kepada pekerja berkenaan bahawa dia mahu membuat pengeluaran wang di bank lalu beredar.

Katanya, pekerja itu yang berasa curiga dengan kelakuan suspek kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis terbabit, dan membuat laporan polis selepas mendapati suspek dipercayai mencuri seutas rantai emas.

Susulan itu, beliau berkata, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya telah menahan suspek berusia 30 tahun yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran, dalam serbuan di tepi Jalan Ampang Waterfront, di sini, kira-kira jam 2 petang kelmarin.

“Hasil soal siasat mendapati rantai emas berkenaan sudah dipajak di sebuah kedai pajak gadai, namun pihak polis berjaya memperolehnya semula,” katanya.



Beliau berkata, hasil semakan bagaimanapun mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif.

Katanya, suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun untuk kesalahan kali pertama, jika sabit kesalahan.

Pemandu lori direman kes larikan rantai emas lebih RM7,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading