Israel terus sekat kemasukan bahan api, gas memasak ke Gaza
Israel terus sekat kemasukan bahan api, gas memasak ke Gaza
Gaza: Untuk tujuh bulan berturut-turut, Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza, terutamanya Bandar Gaza dan bahagian utaranya, kata Pejabat Penerangan Kerajaan di sini.
Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan pejabat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan dan kesihatan yang meruncing berikutan serangan ke atas Gaza dan kebergantungan penduduk kepada sumber alternatif, seperti kayu api, arang dan runtuhan bangunan untuk menghidupkan api, mengakibatkan ratusan penduduk menghadapi masalah pernafasan.
Realiti kemanusiaan, kesihatan dan alam sekitar yang sukar memerlukan campur tangan segera untuk menoktahkan krisis ini dan membawa masuk barangan keperluan asas, yang paling utama ialah gas memasak dan bahan api, kata pejabat itu.
Ia menggesa masyarakat antarabangsa dan pihak prihatin supaya memberikan tekanan terhadap Israel untuk segera menangani krisis ini dan membenarkan kemasukan bekalan gas memasak dan bahan api, menurut Petra.
Kenyataan itu menekankan bahawa menyekat akses kepada keperluan barangan asas adalah satu jenayah selain daripada serangan genosid Israel terhadap warga Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.
Israel terus sekat kemasukan bahan api, gas memasak ke Gaza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bersihkan Negara Dari BERSIH
- Pembenci mati akal apabila Zahid beri sokongan pembebasan Najib
- Menjadi kesalahan dan Teladan buruk jika kerajaan tidak akur dekree YDPA
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan