China hantar 3 lagi angkasawan untuk tinggal 6 bulan di angkasa
China hantar 3 lagi angkasawan untuk tinggal 6 bulan di angkasa

Beijing: China pada Khamis menghantar tiga angkasawan untuk penginapan selama enam bulan di stesen angkasa lepasnya, Tiangong.
Tempoh itu adalah penggiliran tetap untuk angkasawan di stesen berkenaan.
Kapal angkasa Shenzhou-18, atau Divine Vessel, dan tiga penumpangnya berlepas dengan roket Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China pada 8.58 malam, menurut media kerajaan.
Mengetuai misi enam bulan itu ialah Ye Guangfu, 43, yang kali terakhir pergi ke Tiangong, atau “Istana Syurga” dalam bahasa Cina, pada Oktober 2021, dalam misi kru kedua China ke stesen itu.
Mengiringinya kali ini adalah Li Cong, 34, dan Li Guangsu, 36. Kedua-duanya kali pertama di berada di angkasa lepas dan berasal dari kumpulan terbaru angkasawan dalam program penerbangan angkasa lepas China.
Ketiga-tiga lelaki itu semuanya bekas juruterbang tentera udara.
Ia mempunyai jangka hayat operasi yang direka bentuk sekurang-kurangnya 15 tahun.
China melancarkan dua misi kru ke Tiangong setiap tahun sejak 2021 selepas pembinaan stesen itu bermula, dengan Shenzhou-18 adalah misi ketujuh seumpamanya.
Setiap kru tinggal selama kira-kira enam bulan, menjalani rutin menjalankan uji kaji dalam bidang fizik asas mikrograviti, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa dan teknologi angkasa termasuk eksperimen saintifik di dalam persekitaran graviti rendah.
Tiangong menjadi lambang keyakinan China dalam usaha perlumbaan angkasa lepasnya. Ia selepas China dikecualikan daripada Stesen Angkasa Antarabangsa sejak 2011, apabila Amerika Syarikat (AS) melarang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) membabitkan diri dengan negara itu.
China hantar 3 lagi angkasawan untuk tinggal 6 bulan di angkasa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
- MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu
- PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis
- Titah Addendum – Kenyataan dan pendirian Anwar didorong pemegang saham terbesar Pakatan Harapan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :