Harimau Malaya perlu fokus cabar pentas Asia

Harimau Malaya perlu fokus cabar pentas Asia

Harimau Malaya perlu fokus cabar pentas Asia
HARIMAU Malaya tidak perlu meletakkan sasaran terlalu jauh sehingga menjadi beban serta tekanan untuk direalisasikan.

HARIMAU Malaya perlu mengharungi satu demi satu peringkat dan bukannya terlalu mengejar sensasi untuk merealisasikan cita-cita besar yang mungkin boleh menjerat pasukan.

Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter de Roo tidak menafikan ada perubahan yang dibawa Kim Pan-gon, namun ketika ini badan induk itu wajar menumpukan kepada perkara asas sebelum mengintai tempat ke pertandingan peringkat lebih tinggi.

Sebagai permulaan, De Roo merasakan pertandingan di peringkat Asia dilihat sebagai cita-cita paling relevan untuk dilunaskan sebelum memikirkan tentang Piala Dunia.



“Saya percaya Malaysia memiliki potensi untuk berjaya, tetapi perlu memfokuskan kepada perkara yang yang kita sendiri boleh kawal berbanding dihimpit kegagalan untuk lunaskan sasaran. Saya faham cita-cita itu disebabkan ada penambahan slot di Piala Dunia.

“Ia adalah perkara yang tepat (keutamaan untuk kekal konsisten di pentas Piala Asia berbanding cita-cita Piala Dunia) kerana kegagalan untuk mencapai sasaran juga akan menghadirkan risiko,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM




Jurulatih dari Belanda yang sedang melatih kelab Singapura, Balestier Khalsa itu juga mengakui peningkatan permainan wajar diutamakan bagi membolehkan Harimau Malaya mampu bersaing dengan negara besar di Asia.

De Roo yang menjadi salah seorang watak penting kepada pengenalan Pelan F:30 FAM tetap merasakan belum tiba untuk Malaysia menekan butang panik dan harus memanfaatkan baki dua lagi perlawanan untuk cuba dapatkan keputusan baik di pentas kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Harimau Malaya perlu fokus cabar pentas Asia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button