Malaysia, Indonesia bersatu kecam keganasan Israel
Malaysia, Indonesia bersatu kecam keganasan Israel

Jakarta: Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) mengecam sekeras-kerasnya keganasan Israel di Palestin serta menyeru perpaduan global untuk menamatkannya dan menyokong bantuan kemanusiaan.
Kedua-dua organisasi dalam kenyataan bersama menyatakan kekejaman berterusan tidak mempunyai justifikasi dan mahu Palestin diberi keahlian penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mereka menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) menyokong keanggotaan penuh Palestin dalam PBB bagi mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan.
“Hal itu penting kerana ia menandakan pengiktirafan global terhadap kedaulatan dan hak mereka menentukan nasib sendiri dan membolehkan Palestin aktif terlibat di forum antarabangsa untuk membentuk masa depan mereka,” tegas kedua-dua organisasi itu hari ini.
MBM dan KNPI menyeru perpaduan dalam kalangan rakyat Palestin daripada semua latar belakang untuk mencapai keamanan berkekalan, dan dengan tegas menyatakan: “Kami berdiri teguh di pihak mangsa, menuntut keadilan dan perlindungan hak asasi manusia tanpa kompromi.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Formula Rafizi: RM3.86 Bersamaan 1USD Ekonomi Teruk, RM4.78 Bersamaan 1USD Ekonomi Mantop
- Pengundi India Akan Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Di PRK DUN Kuala Kubu Baharu
- Malaysia akan jadi “Pariah state” jika tidak akur kepada titah Raja
Kedua-dua organisasi juga mahu pihak berkepentingan segera membantu penduduk yang terjejas, memastikan perubatan, penjagaan dan perlindungan yang mencukupi.
Menurut kenyataan itu lagi 75,000 tan bom digugurkan mengakibatkan tragedi kemanusiaan di Gaza selama 200 hari terakhir, dengan 77,000 orang cedera dan 34,000 kematian, majoriti kanak-kanak dan perempuan.
Tindakan rejim Israel membuatkan 17,000 kanak-kanak yatim piatu, kehilangan kasih sayang dan perlindungan ibu bapa serta lebih dua juta orang meninggalkan rumah di tanah air mereka sendiri, menurut MBM dan KNPI.
Malaysia, Indonesia bersatu kecam keganasan Israel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
- MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu
- PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis
- Titah Addendum – Kenyataan dan pendirian Anwar didorong pemegang saham terbesar Pakatan Harapan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :