Fazura hilang takut, terima alasan ‘penyondol tak sengaja’

Fazura hilang takut, terima alasan ‘penyondol tak sengaja’

Fazura hilang takut, terima alasan ‘penyondol tak sengaja’
FAZURA mengakui takut namun yakin dengan alasan ‘penyondol tak sengaja’ untuk jayakan mwatak Imani dalam drama fenomena, Lelaki Itu.

KUALA LUMPUR – Jelitawan kesayangan ramai, Nur Fazura mengakui awalnya takut melakonkan watak penyondol dalam drama fenomena, Lelaki Itu.

Kegusaran pelakon berstatus ibu anak satu itu bagaimanapun terpadam setelah diyakinkan penerbit juga pengarah handalan, Erma Fatima yang menggelarkan penampilannya sebagai perampas  ‘terhormat’ bernama Imani dalam naskhah berkenaan sebagai penyondol ‘tidak sengaja’ atau terjadi secara tanpa dirancang dengan niat merampas kebahagiaan orang lain.

“Saya beritahu Erma saya takut untuk bawa watak penyondol tapi dia cakap tak payah takut. Kau tu ‘penyondol’ tak sengaja.



“Bila saya fikir balik, memang betul kita selalu nak kecam penyondol. Tetapi kita tahu tak apa yang berlaku di sebalik perkahwinan seseorang itu. Mungkin ada kekurangan masing-masing yang menyebabkan terjadinya isu poligami.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?




“Saya ambil pendekatan untuk tidak menghakimi seseorang jika kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya pilih untuk bersikap terbuka,” katanya kepada Kosmo Online ketika ditemui di majlis rumah terbuka Fazura, semalam.

Menerusi drama Lelaki Itu, Fazura memegang watak sebagai Imani yang bernikah secara rahsia dengan majikannya, Syed Mirza lakonan Datuk Adi Putra.

Baru-baru ini juga tular dalam media sosial klip video memaparkan satu dialog watak Imani yang berbunyi penyondol atau perampas tetap isteri yang sah dan tidak pernah ada dalam hukum mengatakan penyondol atau perampas tidak berhak untuk menuntut haknuya.

Dialog tersebut telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen, masing-masing tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Imani.

Menjawab isu tersebut, Fazura berkata dia sekadar mengikut kehendak skrip sebagai pelakon yang makan gaji.



“Skrip bukan saya yang buat. Ramai mungkin yang tak faham, saya hanya menjalankan tugas. Skrip Lelaki Itu adalah olahan Erma. Dia punya interpretasi tersendiri. Dia pernah cakap banyak mesej yang nak disampaikan dalam naskhah ini.

“Kepada yang marah-marah di luar sana tu kena faham saya Fazura, yang anda tonton dalam drama itu Imani.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon yang dibayar untuk mengikut kehendak skrip. Menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon menyampaikan apa yang pengarah dan penulis skrip mahukan,” ujarnya.

Terdahulu, drama Lelaki Itu yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam mendapat perhatian ramai sehingga mencetuskan fenomena tersendiri.



Drama arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif Itu bukan sahaja mendapat perhatian kerana barisan pelakonnya yang popular dan sedap mata memandang, tetapi mempunyai banyak ‘plot twist’ yang membuatkan penonton tergamam.

Antara pelakon hebat yang membintangi drama ini ialah Che Puan Sarimah Ibrahim, Datuk Adi Putra, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Hannah Delisha, Sophia Albarakbah, Nadia Brian dan ramai lagi. – KOSMO! ONLINE

Fazura hilang takut, terima alasan ‘penyondol tak sengaja’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button