Kalau nak kongsi nombor telefon, kena minta izin dulu – Diana
Kalau nak kongsi nombor telefon, kena minta izin dulu – Diana
Kuala Lumpur: “Boleh tak kita jangan normalisasikan, memberi nombor telefon orang lain tanpa keizinan mereka?”.
Demikian luahan dan permintaan pelakon, Diana Danielle selepas nombor telefonnya dikongsi tanpa keizinan sekaligus dihubungi oleh orang yang tidak dikenali.
Diana menerusi hantaran di TikTok berkata, dia menerima kiriman mesej daripada seorang pelajar yang ingin mewawancaranya dan apabila ditanya, diberikan nombor telefon Diana oleh pensyarahnya.
“Jadi, saya ada terima mesej daripada seorang pelajar yang nak mewawancara saya untuk salah satu projeknya dan saya faham, sebab saya pun pelajar. Kita memang ada kerja begitu. Kita kena ikut saluran yang betul.
“Saya tanya, dari mana dia dapat nombor saya sebab mesej saya sebanyak dua kali. Kali pertama, saya dah macam kenapa ada orang yang saya tak kenal tiba-tiba hantar mesej saya dan kali kedua, pada hari ini, hari Ahad, dia cakap minta maaf sebab dia cuma nak tanya sama ada boleh mewawancara saya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
- MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu
- PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis
- Titah Addendum – Kenyataan dan pendirian Anwar didorong pemegang saham terbesar Pakatan Harapan.
“Saya tanya, mana dia dapat nombor saya? Saya tak tahu awak siapa. Rupa-rupanya, pensyarah dia yang beri dia nombor saya. Pada ketika itu, saya terfikir, sebagai pensyarah, penting untuk awak menunjukkan cara yang profesional untuk menghubungi seseorang.
“Kita tak kenal satu sama lain. Awak tak boleh semudah itu berikan nombor telefon saya kepada pelajar awak. Itu adalah nombor peribadi saya,” katanya.
Isteri kepada pelakon, Farid Kamil itu juga berkongsi prosedur yang sepatutnya diikuti dan dilakukan oleh pelajar yang ingin berurusan dengannya.
“Jadi, prosedur yang sepatutnya adalah, kita akan terima emel daripada pelajar yang bertanya sama ada boleh mewawancara saya. Itu normal.
“Tapi, saya tak pernah dapat kiriman mesej peribadi menerusi WhatsApp. Walaupun di Instagram, Facebook, TikTok, saya masih ada emel rasmi dan nombor telefon pengurus saya. Sebab kita perlu ada batasan, kan?
“Saya tak beri keizinan kepada sesiapa untuk semudah itu memberikan nombor telefon saya. Saya tak mahu diganggu. Jadi, jangan buat begitu.
“Ia adalah tata tertib yang lazim dan kalau awak nak kongsikan nombor telefon seseorang, minta izin terlebih dahulu kerana itu adalah privasi dan perlu dihormati, serta tak melanggar batasan,” katanya.
Kalau nak kongsi nombor telefon, kena minta izin dulu – Diana
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Perbezaan Antara Menantu Muhyiddin Dengan Menantu Hadi?
- Semua Pemimpin UMNO Wajib Selami Kenyataan Dari Presiden
- “Kluster mahkamah” yang lari dari Parlimen ketuai kempen Perikatan Nasional
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :