Impian Malaysia ke final PSAS musnah
Impian Malaysia ke final PSAS musnah
IPOH – Impian skuad hoki negara mempertahanan gelaran Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 tidak kesampaian apabila kecundang 1-2 kepada Jepun malam tadi.
Dengan keputusan itu juga pasukan Samurai Biru itu mara ke perlawanan akhir kejohanan buat kali pertama menentang Pakistan pada Sabtu ini.
Malang buat pasukan negara walaupun memberi tentangan sengit tetapi kegagalan menyudahkan peluang diperolehi menjadi faktor kegagalan Speedy Tigers.
“Kami bermain baik tetapi malangnya gagal menjaringkan gol diperlukan. Jepun bertahan dengan cemerlang,” kata ketua jurulatih negara, Sarjit Singh.
Jepun mendahului pada suku kedua melalui jaringan Kazumasa Matsumoto pada minit ke-24 sebelum Faizal Saari memadam kelebihan itu pada minit ke-31.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suspek Simbah Asid Faisal Halim Yang Di Tahan Mempunyai 7 Rekod Jenayah
- Adakah Exco Perlis Sahkan Rasuah Yang Berlaku Di Pejabat Menteri Besar?
- Satu Lagi Kes Rasuah Di Negeri Yang Di Tadbir PAS
- Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
Malaysia mengasak selepas itu tetapi lima pukulan sudut penalti gagal menghasilkan ganjaran lumayan, sebaliknya Ryoma Ooka menguburkan impian Speedy Tigers apabila menjaring gol kemenangan Jepun pada minit ke-50.
Sementara itu, New Zealand kembali di landasan kemenangan apabila membenam Korea Selatan 4-1, mengubati kekecewaan selepas tumpas 4-6 kepada Malaysia sebelum ini.
Pakistan pula mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2024 apabila merakam kemenangan 5-4 ke atas Kanada semalam untuk mengutip 10 mata daripada empat perlawanan setakat ini. – KOSMO! ONLINE
Impian Malaysia ke final PSAS musnah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Pilihan MCA: Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst
- Halalun Toyiban Versi PAS
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan