JDT ‘menang’ Piala Sumbangsih
JDT ‘menang’ Piala Sumbangsih
SHAH ALAM – Piala Sumbangsih 2024 akan terus kekal di bumi Johor apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberikan kemenangan ‘walkover’ kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan jaringan 3-0.
Keputusan itu bermakna Harimau Selatan turut diberikan tiga mata bagi perlawanan pertama Liga Super, namun tiada sebarang keputusan lanjut dibuat termasuk hal berkaitan hukuman kepada Selangor.
“Keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL sekali gus menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.
“Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan MFL hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suspek Simbah Asid Faisal Halim Yang Di Tahan Mempunyai 7 Rekod Jenayah
- Adakah Exco Perlis Sahkan Rasuah Yang Berlaku Di Pejabat Menteri Besar?
- Satu Lagi Kes Rasuah Di Negeri Yang Di Tadbir PAS
- Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
Sebelum ini, MFL membuat keputusan untuk kekalkan perlawanan itu dan menolak permohonan Selangor FC untuk menunda perlawanan kerana sudah pun mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, lewat malam tadi, Red Giants dengan berat hati membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab itu nantikan.
Selangor berpendapat keputusan itu dianggap wajar bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim menjadi mangsa serangan simbahan asid. – KOSMO! ONLINE
JDT ‘menang’ Piala Sumbangsih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Pilihan MCA: Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst
- Halalun Toyiban Versi PAS
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan