Kematian Nur Batrisyia akibat terbakar teruk
Kematian Nur Batrisyia akibat terbakar teruk

BALING: Polis mengesahkan remaja perempuan yang ditemui meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Besah, Kuala Ketil di Baling, semalam dipercayai akibat terbakar teruk.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat ketika dihubungi, berkata ia berdasarkan hasil laporan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat remaja terbabit, Nur Batrisyia Rozali, 14, di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, hari ini.
Dalam kejadian semalam, mayat Nur Batrisyia ditemui oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling selepas operasi pemadaman dilakukan.
Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, kebakaran dipercayai berlaku ketika ibu tiri, Norsakinah Shuib, 33, serta bapanya, Rozali Nayan, 55 dan remaja perempuan itu sedang tidur sebelum ibu tirinya menyedari kebakaran berlaku di rumah berkenaan.
Bapa mangsa yang terdengar jeritan anaknya meminta tolong cuba menendang pintu bilik mangsa yang berkunci dalam tetapi gagal menyelamatkannya.
Kematian Nur Batrisyia akibat terbakar teruk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :