Sultan Johor tegur Nga Kor Ming
Mahu SWM lebih peka isu kutipan sampah
Oleh – Bakhtiar Omar
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menegur Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming berkaitan isu kutipan sampah di Johor.
Baginda Sutan Johor tidak berpuashati dengan cara South Waste Management – SWM menguruskan kutipan sampah sehingga Baginda memanggil Nga Kor Ming ke Istana.
Sultan Johor mahu SWM segera memperbetulkan keadaan dan mahu Nga Kor Ming turut bertindak segera.
Paling memalukan apabila Baginda bertitah rakyat Baginda duduk lebih teruk dari kandang binatang.
@theroyaljohor Perkhidmatan pembersihan sampah di johor mengecewakan. #sultanjohor #royalpressoffice #johor ♬ original sound – The Royal Johor