Yang Bersalah Adalah Pemimpin Bukannya Parti
Yang Bersalah Adalah Pemimpin Bukannya Parti
Selama berdekad lamanya Dr Mahathir mendoktrinkan orang Melayu supaya menolak, malah membenci DAP.
Penulis bukanlah seorang penyokong DAP, malah penulis pernah menentang parti DAP disebabkan sikap cauvanis pemimpin parti tersebut.
Tetapi apa yang penulis mahu jelaskan di sini, DAP hanyalah sebuah parti dan yang mencorakkan perjuangan parti tersebut adalah pemimpin mereka.
Tidak dapat dinafikan, di era dinasti Lim, parti DAP merupakan sebuah parti politik yang sangat dibenci oleh orang Melayu.
Tetapi yang mencorakkan DAP supaya dipandang sebagai sebuah parti cauvanis adalah pemimpin DAP itu sendiri.
Satu analogi mudah yang dapat penulis berikan adalah negara China.
Di era pemerintahan Mao Zedong, China sememangnya dikenali sebagai negara komunis yang mengamalkan dasar pemerintahan pintu tertutup.
Banyak negara di dunia tidak menyenangi sikap regim Mao Zedong.
Namun keadaan sudah berubah dalam pemerintahan China moden.
Regim yang memerintah China sekarang lebih pragmatik dan mengamalkan dasar pemerintahan yang lebih terbuka walau pun masih mengamalkan sistem pemerintahan komunis.
Banyak negara sudah mula menjalinkan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan negara China, lebih-lebih lagi China dilihat bakal menjadi kuasa besar dunia.
Begitu juga dengan Jerman dan Russia.
Apabila regim yang memerintah sekarang dilihat lebih bertoleransi dan terbuka, tiada alasan untuk negara lain menjauhi apatah lagi membenci mereka.
Keadaan yang sama dapat dilihat pada parti DAP.
Di bawah kepimpinan Anthony Loke, DAp dilihat sudah berubah sikap.
DAP dilihat lebih menghormati perlembagaan dan juga bersikap lebih terbuka.
Jadi mengapa kita masih lagi terbawa-bawa dengan hasutan anti DAP yang telah didoktrinkan oleh Dr Mahathir?
Sedangkan beliau sendiri pernah berkerjasama dengan DAP yang berwajah lama.
Sekiranya kerjasama dengan bekas musuh yang telah berubah boleh membawa kebaikan kepada semua pihak, tidak ada salahnya kita berkerjasama.
Namun, sekiranya bekas musuh berbalik kepada perangai lama, kita tahu apa yang perlu dilakukan.
Yang Bersalah Adalah Pemimpin Bukannya Parti
Di Syorkan Untuk Anda:
- Hasil Tangan Najib Yang Dahulunya Di Kecam Tetapi Kini Menjadi Kebanggaan
- Selamatkan Malaysia Dari Penghasut Tua
- Akhirnya Ismail Sabri Akui Pengkhianat UMNO Adalah Sekutu Beliau