Pesan Tok Mat Hassan: Jangan Dengar Cakap Pencacai Cari Makan

Pesan Tok Mat Hassan: Jangan Dengar Cakap Pencacai Cari Makan

Pesanan Timbalan Presiden UMNO, DSU Mohamad Hassan @ Tok Mat Hassan kepada ahli UMNO, jangan dengar cakap pencacai cari makan.

Rasionalnya, pencacai yang dimaksudkan Tok Mat Hassan akan lakukan apa sahaja untuk memaksa parti mengikut kehendak dan selera mereka.

Perjuangan parti, nasib bangsa dan negara tidak pernah menjadi agenda utama politik mereka.



Tetapi ianya dijadikan tunggangan untuk menyembunyikan agenda peribadi mereka.

Terkini yang sedang hebat dimainkan adalah sentimen anti DAP.

DAP cuba dilabelkan sebagai makhluk yang cukup ganas dan mesti dijauhi oleh semua orang Melayu.

Walau sudah berkali-kali dijelaskan, DAP yang berada di bawah kepimpinan baharu tidak sama seperti DAP dahulu.



Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/05/16/yang-bersalah-adalah-pemimpin-bukannya-parti/

Namun, pencacai-pencacai tetap mengulangi cerita yang sama untuk mengelirukan rakyat.

Beberapa Soalan Kepada Pencacai

Pesan Tok Mat Hassan: Jangan Dengar Cakap Pencacai Cari Makan



Penulis tertarik dengan beberapa pertanyaan yang dikemukakan oleh Facebooker Asyraf Akbar.

Benarkah sekarang UMNO dah jadi Pak Turut DAP.
Ada tak mana² agenda hak kesamarataan yang dah terlaksana termasuk perlaksaan LGBT dan penghapusan Hak Istimewa Orang² Melayu?
Ada tak agenda² penghapusan kuasa Raja² Melayu yang dah dilaksanakan.
Masih ada dengar lagi tak propaganda² DAP mcm komik yg kecoh dulu?
Ada dengar tak sebarang Pilihanraya PBT yg dah terlaksana?
Tolong bagitahu kat mana yang UMNO dah jadi Pak Turut?
Walaupun cuma 26 Kerusi UMNO kekal Parti yg paling berkuasa dalam kerajaan.
Tolong buktikan kat mana UMNO dah jadi Pak Turut DAP?
Mcm selalu saya pernah tulis sebelum ni kalau tak pandai cari fakta, guna logik otak.
Bandingkan UMNO dan parti² lain yang pernah bekerjasama dgn DAP sebelum ni.
PAS gagal mengawal DAP yg kuasai Parti PAS hingga PAS berpecah-belah hingga pemimpin² mereka keluar PAS dan tubuh Amanah.
Bersatu gagal mengawal DAP ketika kerajaan hingga jatuh teruk Kerajaan 22 bulan kerana kemarahan orang Melayu.
Pelbagai propaganda² yang telah dilancarkan hingga menyusup ke kementerian² kerajaan ketika itu.
Ingat lagi kes komik?
Masa tu PM dan KDN kerajaan adalah dari parti Bersatu.
Ada tak perkara yang sama terjadi dahulu terjadi dalam kerjasama BN dan PH sekarang?
Kepada semua akar umbi UMNO, ingat pesan Tok Mat Hassan, jangan dengar cakap pencacai yang cari makan.

Pesan Tok Mat Hassan: Jangan Dengar Cakap Pencacai Cari Makan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button