Empat maut, paip air panas pecah
Empat maut, paip air panas pecah
Moscow: Saluran paip air panas di pusat beli-belah Vremena Goda di Rusia yang tiba-tiba pecah semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya empat individu maut.
Daily Star melaporkan, kejadian mengejutkan itu turut mengakibatkan 50 orang melecur, 70 orang cedera dan 18 individu terperangkap dalam bangunan.
Rakaman video yang tular di Telegram Rusia menunjukkan beberapa tingkat pusat beli-belah itu dibanjiri air.
Salah satu klip video menunjukkan keadaan air yang sangat panas sehingga seluruh tingkat dilitupi wap, sementara ada video yang menunjukkan orang menggunakan mop untuk membersihkan kawasan dan sebahagiannya melecur di kaki.
Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyani menzahirkan takziah kepada semua mangsa dan ahli keluarga serta menyifatkan kejadian itu sebagai satu kemalangan besar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS
- SPRM: MB Kedah Akan Di Panggil
- PAS Itu Islam Dan Islam Itu PAS, Apakah Benar Begitu?
“Semua pasukan perkhidmatan di bandar dan Kementerian Situasi Kecemasan bertungkus-lumus di tempat kejadian,” katanya.
Pusat beli-belah itu dibuka pada 2007 dan menempatkan lebih 150 kedai.
Jurucakap Jawatankuasa Penyiasatan Rusia berkata, siasatan kes jenayah dibuka mengambil kira aspek penyediaan perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan keselamatan dan cuai hingga mengakibatkan kematian dua atau lebih mangsa.
Empat maut, paip air panas pecah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Al Fadhil Mahathir Sudah Sepentas Dengan PAS, Sanusi Boleh Ucap Hai Hai Bye Bye Pada Kerusi MB
- Mungkinkah Dr Mahathir Juga Berminat Dengan Hasil REE Kelantan?
- 5 Tawaran BN Dalam PRN 6 Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?