Hilang tiga hari, pemuda ditemukan mati dalam parit
Hilang tiga hari, pemuda ditemukan mati dalam parit
BATU PAHAT: Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui mati dalam parit di Taman Wira Jaya, dekat Parit Lapis Sempadan, hari ini.
Mayat Nazrul Ajis, 21, ditemukan penduduk kampung bersama motosikalnya jam 11.45 pagi.
Kembarnya, Fazrul berkata adiknya yang menghidap sawan itu dikatakan keluar rumah sejak Khamis lalu sebelum gagal dihubungi dan usaha mengesannya juga tidak berhasil.
“Sehingga sekitar jam 11.45 pagi tadi, kami mendapat panggilan mengenai penemuan mayat berserta motosikal dalam parit itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata mayat mangsa ditemukan dengan lengkap berpakaian dalam keadaan terlentang.
“Sepasukan bomba dan penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba Ayer Hitam, Mohd Shamin Mohd Salikin membantu mengeluarkan mayat mangsa dan motosikalnya.
“Berdasarkan keadaan mayat ditemui, mangsa dipercayai meninggal dunia lebih daripada sehari,” katanya.
Hilang tiga hari, pemuda ditemukan mati dalam parit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :