Kami patuh peraturan di ABM – Yew Sin

Kami patuh peraturan di ABM – Yew Sin

Kami patuh peraturan di ABM – Yew Sin
Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ketika menjalani latihan pusat skuad Sukan Asia Hangzhou 2022 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara hari ini.

KUALA LUMPUR – Isu mengenai pakaian ketika menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara boleh dianggap sudah menemui titik noktah apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan syarat supaya pemain memakai baju yang tidak tertera sebarang jenama.

Pada hari pertama sesi latihan pusat skuad Sukan Asia 2022 hari ini, semua pemain BAM dan profesional mengenakan baju yang bersifat neutral apabila hanya tertera logo BAM serta bendera Malaysia.

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin berkata, mereka perlu mematuhi peraturan ditetapkan badan induk itu selain menjelaskan, ia hanya terpakai ketika mereka menjalani latihan di gelanggang ABM.



“Sebelum ini kita tahu memang ada sedikit isu mengenai baju, jadi kita ikut sahaja. Kalau ada kontrak sendiri, boleh buat perbincangan secara baik dan cuba untuk selesaikan sendiri.

“Bagaimanapun, sekarang ada pilihan paling baik, iaitu BAM berikan kepada semua pemain baju yang tidak ada sebarang jenama. Ada logo BAM dan bendera Malaysia sahaja, jadi kita ikutlah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ABM hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat




Pada masa sama, pemain berusia 28 tahun itu turut memberitahu bahawa pemain-pemain profesional tidak ada sebarang masalah untuk mengenakan pakaian penaja masing-masing sebaik sahaja selesai menjalani latihan.

“Sebaik sahaja keluar dari gelanggang latihan, kita boleh pakai baju penaja sendiri. Peraturan ini hanya ketika menjalani latihan di ABM, oleh itu kami ikutlah peraturan mereka,” ujar Yew Sin.

Sementara itu, perseorangan lelaki profesional, Cheam June Wei menyuarakan rasa bangga untuk menyarung baju tersebut kerana ia membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada pasukan kebangsaan.

“Semua pemain ada terma dan syarat dengan penaja masing-masing. Saya dan penaja (Apacs) tidak berdepan sebarang masalah tetapi tidak pasti dengan pemain-pemain lain. Apabila pakai baju sama seperti ini, rasa sangat bangga kerana dapat menyertai pasukan.



“Harapan saya pada Sukan Asia nanti adalah supaya kami dapat membawa pulang pingat menerusi acara berpasukan. Oleh itu, kami perlu bersatu dan bekerjasama sebagai satu pasukan,” ujarnya yang pernah diberikan julukan pakar acara berpasukan.

Terdahulu, isu pakaian latihan di ABM menjadi topik hangat selepas jurulatih Lee Zii Jia, Wong Tat Meng mendakwa BAM tidak membenarkan pemain-pemain profesional mengenakan pakaian selain daripada penaja badan induk itu. – KOSMO! ONLINE

Kami patuh peraturan di ABM – Yew Sin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button