‘Dia ke pantai nak hilangkan tekanan selepas ibu meninggal’

‘Dia ke pantai nak hilangkan tekanan selepas ibu meninggal’

'Dia ke pantai nak hilangkan tekanan selepas ibu meninggal'
Anggota penyelamat membawa mayat Muhammad Fahmi Hafizi (gambar kecil) yang ditemui selepas mangsa dilaporkan lemas di Teluk Senangin, Lumut. – FOTO IHSAN BOMBA.

LUMUT: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Teluk Senangin di sini sejak semalam, ditemui lemas pada jam 5.29 petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mayat Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, ditemui 50 meter dari lokasi mangsa disyaki jatuh.

“Bot bomba membuat beberapa pusingan dalam usaha membawa mayat mangsa naik.



“Pasukan penyelamat di air (PPDA) JBPM membuat selaman di lokasi mangsa dipercayai tenggelam sebelum mayatnya timbul 10 meter dari lokasi selaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan kekuatan 49 anggota daripada pelbagai agensi serta komuniti nelayan itu ditamatkan jam 6 petang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai




Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, Muhammad Fahmi Hafizi dikhuatiri lemas ditarik ombak selepas menyelamatkan seorang pengunjung lelaki.

Dalam perkembangan berkaitan, bapa mangsa, Mohd Fadzli Saad, 51, berkata anak keduanya itu beriya-iya mengajak keluarga bersama beberapa rakan ke pantai untuk berehat dan menghilangkan tekanan selepas kematian ibunya.

Katanya, Fahmi mandi tidak jauh dari gigi air bersama beliau dan abangnya, Muhammad Faqrul Haziq, 23, serta tiga rakan karib Fahmi iaitu Zahin Amsyar Zuraimi, 23; Muhd Afiq Ikhwan Mat Yusof, 23. dan Hazwan Affandy Hirman, 19.

“Tiba-tiba ombak kuat melanda secara mengejut dan menarik Fahmi dan Muhd Afiq ke tengah, manakala saya dan tiga lagi tertolak ke tepi pantai.



“Saya nampak tangan Fahmi terkapai-kapai sebelum dia tenggelam dalam sekelip mata,” kata bapa tiga anak itu ketika ditemui di Pantai Teluk Senangin, hari ini.

Beliau berkata, isterinya, Hasnah Hasan, 45, meninggal dunia akibat sakit jantung pada 22 Mac lalu.

‘Dia ke pantai nak hilangkan tekanan selepas ibu meninggal’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button