Monorel tergantung pertama di China

Monorel tergantung pertama di China

Monorel tergantung pertama di China
MONOREL komersial tergantung pertama China. FOTO China Daily/ Asia News Network

Beijing: Laluan monorel komersial tergantung pertama China di Wuhan, Hubei, mula dibuka kepada orang ramai pada Selasa lalu.

Ia menawarkan penumpang dengan pengalaman menaiki kenderaan futuristik seperti dalam filem sains fiksyen.

Penduduk tempatan, Li Zhengying yang menaiki pengangkutan awam itu menyifatkan perjalanan dalam monorel itu sebagai menarik dan mengujakan.



Katanya, dia akan membawa keluarganya bersiar-siar menaiki kenderaan itu pada masa akan datang.

“Pemandangan dari tren itu indah dan menyeronokkan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Pengendali laluan itu, Syarikat Optics Valley Traffic berkata, fasa pertama operasi projek itu meliputi jarak keseluruhan 10.5 kilometer melalui enam stesen di Lembah Optik iaitu, zon demonstrasi inovasi nasional di Wuhan.

Kelajuan operasi maksimum tren monorel ialah 60 kilometer sejam dan kedua-dua gerabak monorel itu mempunyai kapasiti 220 penumpang .

Lantai kaca lut sinar menawarkan penumpang pemandangan melihat bandar dari udara.

Laluan itu beroperasi setiap hari bermula antara 8 pagi hingga 8 malam dengan kekerapan tren berlepas setiap 10 minit.

Ia dikendalikan secara automatik sepenuhnya dan tidak memerlukan tenaga manusia, melainkan ketika situasi kecemasan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO


Ketua bahagian sistem peralatan monorel itu, Wang Anjun berkata, jumlah penumpang pada dua hari pertama beroperasi melebihi jangkaan asal.

Tiket bulanan tanpa had berharga 120 yuan (RM77), manakala tiket sekali perjalanan dan sehari berharga 30 yuan (RM19) setiap satu sehingga 6 Oktober.



Bagaimanapun, tambang tiket sehari dan sekali perjalanan selepas cuti umum, masih belum diumumkan.

Monorel tergantung pertama di China


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button