EPL: Manchester City dijangka lepas geram hadapi Wolves
EPL: Manchester City dijangka lepas geram hadapi Wolves
MANCHESTER – Juara Eropah, Manchester City dijangka melepaskan geram mereka ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux malam ini.
Ia susulan kekalahan mengejut 0-1 kepada Newcastle United pada pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) di St. James Park kelmarin, sekali gus meleburkan impian The Citizens memenangi gelaran quadruple musim ini.
Situasi itu pastinya menggerunkan kem Wolves yang ketika ini dalam moral terburuk selepas diaibkan oleh kelab dari Liga Kejuaraan Inggeris, Ipswich Town dengan kekalahan 2-3 di pusingan ketiga EFL kelmarin.
Ia juga adalah kekalahan ketiga Wolves daripada empat perlawanan selepas kali terakhir menang, itupun ke atas pasukan divisyen ketiga, Blackpool yang beraksi dalam saingan Liga Satu England.
Bagaimanapun, dua pengkritik bola sepak, Roy Keane dan Gary Neville tidak merasakan City akan berpesta gol kerana mahu menyimpan tenaga untuk aksi Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig pada Khamis ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?
- “Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar” – Ti Lian Ker
- Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?
“City ada perlawanan Eropah, jadi mereka tidak akan mengambil risiko dengan mengekalkan intensiti yang tinggi.
“Jika mendahului 2-0, mereka tidak akan cuba mendapatkan gol ketiga atau keempat. Saya percaya (pengurus City) Pep (Guardiola) gembira walaupun menang 2-0,” kata Keane yang merupakan legenda Manchester United.
Sebagai rekod, Wolves tewas kedua-dua aksi EPL musim lalu kepada City tidak lebih daripada tiga gol yang turut menyaksikan Erling Haaland meledak hatrik pada awal Januari lalu. – AGENSI
EPL: Manchester City dijangka lepas geram hadapi Wolves
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?
- Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS
- Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?
- Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :