‘Tolong siapkan segera rumah kami’, rayu penduduk jajaran Sungai Kupang

‘Tolong siapkan segera rumah kami’, rayu penduduk jajaran Sungai Kupang

'Tolong siapkan segera rumah kami', rayu penduduk jajaran Sungai Kupang
Keadaan rumah Ishak Saad, 57, di Lata Celak Kampung Iboi yang rosak teruk akibat banjir Rabu lalu. – Foto ihsan Ishak Saad

BALING: Penduduk di zon kuning jajaran Sungai Kupang di sini, memohon Kerajaan Persekutuan segera membina rumah mereka selepas banjir Rabu lalu menyebabkan hakisan sungai bertambah teruk.

Menurut Ishak Saad, 57, dia sangat berharap rumah baharu itu dapat dibina segera kerana kini terpaksa menyewa rumah lain selepas rumah mereka tidak lagi dapat diduduki akibat banjir puing 4 Julai tahun lalu.

“Saya hilang sumber pendapatan selepas kejadian banjir puing kerana jambatan untuk ke kebun sudah runtuh, apabila berlaku kejadian banjir Rabu lalu, rumah sewa saya juga hampir dimasuki air.



“Rumah saya di Lata Chelak hampir musnah dalam banjir Rabu lalu, memang sudah tidak boleh diduduki sekiranya saya mahu berpindah semula ke situ jika saya tidak mampu membayar rumah sewa nanti,” katanya ketika ditemui.

'Tolong siapkan segera rumah kami', rayu penduduk jajaran Sungai Kupang
Keadaan rumah Ishak Saad, 57, di Lata Celak Kampung Iboi yang rosak teruk akibat banjir Rabu lalu. – Foto ihsan Ishak Saad

Ishak berkata, dia tidak mempunyai maklumat baharu mengenai proses untuk membina rumah baharu untuk mereka yang difahamkan akan dibina di Kampung Bok Bak di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




“Sebelum ini sewa rumah ditanggung kerajaan negeri, namun saya perlu bayar sendiri sejak Jun lalu dengan keadaan sumber kewangan yang terhad, saya terpaksa bersusah payah mencari duit untuk membayar rumah sewa sebanyak RM250 sebulan.

“Saya hanya menoreh getah, seminggu dapat RM100 sahaja selepas dibahagi dengan tuan pokok.

“Keadaan hujan tidak menentu sekarang menyebabkan saya tidak dapat menoreh dan duit hasil torehan getah hanya boleh beli barang dapur sahaja,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 17 keluarga mangsa terjejas banjir aliran puing Kampung Iboi yang rumah mereka dikategorikan berada di zon kuning bakal dipindahkan ke kawasan baharu tidak lama lagi.



Proses pengambilan tanah membabitkan kos RM600,000 bagi pelaksanaan rumah fasa dua itu di Kampung Bok Bak di sini, sudah selesai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO


Pembinaan fasa dua membabitkan kos keseluruhan RM3 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melakukan kunjungan ke Kampung Iboi, selepas kejadian itu.



‘Tolong siapkan segera rumah kami’, rayu penduduk jajaran Sungai Kupang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button