Pelan F:30 berada di landasan tepat – FAM
PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya Fasa 1 Peta Fasa 1 Peta Hala Tuju F:30 (F:30) bermula tahun 2019 hingga 2022 boleh dianggap sebagai sukses.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, banyak peningkatan telah berjaya dinaik taraf khususnya melibatkan skuad pembangunan hingga pasukan senior Harimau Malaya meskipun masih sempurna sempurna sepenuhnya.
Kata Hamidi, fokus selepas ini adalah untuk memastikan Fasa 2 F:30 bermula tahun ini hingga 2026 dapat meneruskan kesinambungan Fasa 1 sebelum ini.
“Fasa 1 sangat penting kerana FAM adalah antara organisasi yang ada visi, misi serta petunjuk prestasi utama (KPI). Kita buat F:30 selepas penyokong katakan yang FAM tiada visi mahupun misi.
“Kita berjaya lakukan sesuatu, ia bukanlah (pencapaian) hebat tetapi secara keseluruhan kita masih berjaya.
“Sekarang kita perlu kekalkan momentum ini kerana kita perlu melihat kepada tahap lebih tinggi pada fasa seterusnya,” kata Hamidin selepas melancarkan Fasa 2 F:30 di Petaling Jaya hari ini.
Sebagai rekod, Fasa 2 F:30 dilancarkan bagi meneruskan kesinambungan Fasa 1 yang dilancarkan pada 2019 untuk mencapai sasaran mendominasi Asia Tenggara dari segi urus tadbir, pertandingan dan pembangunan.
Pelan Fasa 3 F:30 akan disambung pada 2027 hingga 2030 nanti. – KOSMO! ONLINE
Pelan F:30 berada di landasan tepat – FAM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal