Unjur ekonomi berkembang 3%

Unjur ekonomi berkembang 3%

Unjur ekonomi berkembang 3%
PERMINTAAN domestik dijangka menjadi tunjang pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku ketiga.

KEMENTERIAN Ekonomi menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga yang akan diumumkan esok adalah lebih baik daripada suku sebelumnya.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya juga menjangkakan ekonomi negara pada suku ketiga akan merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun di sebalik keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.

“Malah apa yang lebih penting ialah negara akan mencatatkan pertumbuhan suku ke suku untuk kali ketiga berturut-turut yang tidak pernah terjadi sepanjang tiga hingga empat tahun lalu.



“Sepanjang tempoh itu, ekonomi kita berkembang pada suku pertama, suku kedua, namun pada suku ketiga kembali jatuh.

“Jadi saya optimistik bahawa (suku ketiga) akan lebih baik daripada suku kedua dan apa yang lebih penting dengan pertumbuhan suku ke suku buat kali ketiga berturut-turut bermaksud yang kita menunjukkan momentum lebih baik, terutamanya apabila ekonomi global dijangka lebih baik pada 2024 menuju ke tahun 2025,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar




Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Kempen Penyegar Dahaga RM1 oleh Atlas Vending Sdn Bhd, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn Bhd, Santharuban Thurai Sundaram.

Perangkaan bagi KDNK suku ketiga 2023 akan diumumkan bersama esok oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Bulan lalu, DOSM menerbitkan anggaran KDNK awalan suku tahunan dengan jangkaan ekonomi Malaysia akan berkembang 3.3 peratus pada suku ketiga 2023.



Sementara itu, penganalisis menjangkakan ekonomi suku ketiga akan berkembang sederhana sekitar 3.0 peratus di tengah-tengah permintaan luaran yang perlahan, selepas merekodkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku pertama dan 2.9 peratus pada suku kedua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti


Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, permintaan luaran dilihat masih perlahan berikutan kelembapan ekonomi global dengan situasi kecairan yang berkurangan susulan kenaikan kadar faedah yang drastik di negara maju.



Selain itu, katanya, situasi ekonomi China yang masih tidak menentu berikutan kelembapan dalam pasaran hartanah yang memberi kesan kepada momentum pertumbuhan.

“Justeru, permintaan domestik dijangka menjadi tunjang pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku ketiga,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, pasaran buruh yang semakin baik berikutan kemerosotan dalam kadar pengangguran mencerminkan kestabilan pendapatan dalam kalangan pekerja, sekali gus bakal menyokong kepada pertumbuhan perbelanjaan swasta.

“Pelaksanaan projek infrastruktur seperti Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuhraya Pan Borneo pula bakal merancakkan sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan,” katanya.



Sementara itu, TA Securities dalam satu nota penyelidika berkata, perangkaan ekonomi terkini memberi petunjuk KDNK benar pada suku ketiga 2023 akan berkembang pada kadar yang lebih sederhana daripada dijangkakan.

Ia berkata, petunjuk suku tahunan terkini menunjukkan Indeks Volum Perkhidmatan berkembang pada kadar sederhana 4.4 peratus pada suku ketiga 2023 berbanding 4.6 peratus pada suku kedua 2023.

Katanya, ia memberi petunjuk bahawa pengembangan dalam sektor perkhidmatan boleh menjadi perlahan daripada jangkaan memandangkan pertumbuhan dalam subsegmen berkurangan berbanding suku kedua 2023.

“Selaras dengan anggaran kami sebelum ini, sebahagian besar data ekonomi yang diumumkan telah memberikan beberapa petunjuk bahawa KDNK suku ketiga 2023 boleh berkembang pada kadar yang lebih sederhana,” katanya.



Unjur ekonomi berkembang 3%

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button