Beri laluan kepada final Piala Malaysia
Beri laluan kepada final Piala Malaysia
KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) terpaksa meminda jadual perlawanan Piala Dunia Hoki Remaja di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil kerana memberi laluan kepada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 8 Disember ini.
Pada tarikh berkenaan, skuad remaja lelaki negara dijadualkan menentang Australia untuk aksi ketiga Kumpulan A pada pukul 8 malam tetapi bertembung dengan waktu perlawanan akhir melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC.
Disebabkan itu, MHC selaku penganjur kejohanan, tiada pilihan selain mengubah waktu perlawanan lebih awal bagi mengelak kesesakan luar biasa sekiranya jadual perlawanan pada tarikh tersebut kekal seperti biasa.
“Jika tak ubah jadual, pasukan kena datang awal kira-kira tiga jam sebelum berlangsungnya perlawanan. Kalau itu berlaku, memang pasukan tak nak datang awal ke stadium. Mereka nak buat apa?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Ulangi Drama Mahathir Di PAU 2002, Hamzah Main Watak Hero
- Zahid Selamat Jalani Pembedah
- Dana Aman Palestin Di Guna Untuk Membeli Aset Syarikat Proksi
“Jadi atas nasihat PDRM, kami mengemukakan rayuan kepada FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa) memaklumkan kepada mereka berhubung situasi itu. FIH akhirnya bersetuju untuk mengubah jadual pada 8 Disember.
Mengikut jadual asal, empat perlawanan akan berlangsung pada 8 Disember membabitkan aksi terakhir Kumpulan A dan B dengan Malaysia menentang Australia pada pukul 8 malam diawalkan ke 2 petang.
Tiga lagi aksi lain pada tarikh itu juga diawalkan ke waktu baharu iaitu Afrika Selatan menentang Perancis (8 pagi), Jerman bertemu Mesir (10 pagi) dan Argentina berdepan Chile pada pukul 12 tengah hari.
Sebagai rekod, Young Tigers yang diletakkan sasaran ke suku akhir, akan bersaing dalam Kumpulan A bersama Argentina selaku juara bertahan, Australia dan Chile.
Beri laluan kepada final Piala Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir
- Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam
- Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :