F1: Lando Norris idam jentera berprestasi
F1: Lando Norris idam jentera berprestasi
LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris mengharapkan perubahan besar berlaku ke atas jenteranya menjelang saingan musim depan bagi membolehkannya konsisten dalam setiap perlumbaan.
Norris melalui musim yang sangat baik kali ini apabila berjaya menamatkan saingan sebanyak tujuh kali di podium untuk berada di kedudukan keenam keseluruhan dalam kategori pemandu dan hanya ketinggalan satu mata di belakang Fernando Alonso dan Charles Leclerc yang berkongsi mata sama di tempat keempat dan kelima.
Beberapa pusingan musim ini terutama perlumbaan yang berlangsung di litar yang dikategorikan sebagai pantas seperti Jepun dan Qatar, Norris hanya ketinggalan dengan jurang masa yang kecil berbanding Max Verstappen.
“Sekarang ini saya fikir kami berada pada kedudukan yang baik dan hanya memerlukan fokus terhadap beberapa aspek kecil untuk menjadikannya sempurna.
“Kami tidak dapat menyelesaikan beberapa perkara itu sejak lima tahun lalu, namun saya gembira apabila kami sudah mula menunjukkan perubahan yang sangat positif,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO
- Sirul Mungkin Di Tahan Semula Di Australia
Tambahanya, dia berharap McLaren mampu memberikan fokus terhadap beberapa perkara kecil yang mampu untuk memberi perbezaan besar bagi membolehkannya mengejar kedudukan Verstappen musim depan.
“Ia akan membantu saya ketika sesi kelayakan dan meningkatkan kepantasan ketika hari perlumbaan. Ada beberapa perkara kecil yang mampu memberikan sesuatu yang luar biasa. Jika kami mampu melakukannya, saya percaya jentera kami lebih bagus musim depan,” ujarnya. – AGENSI
F1: Lando Norris idam jentera berprestasi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Paku Terakhir Keranda PPBM Berada Di Tangan Dr Samsuri
- Strategi UMNO Mesti Berubah Kalau Mahu Bangkit Semula
- Polis Cekup Individu Promosi Israel
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP