Misi Young Tigers belum berakhir

Misi Young Tigers belum berakhir

Misi Young Tigers belum berakhir
YOUNG TIGERS meletakkan sasaran untuk mengakhiri saingan di kedudukan kesembilan selepas gagal layak ke suku akhir.

MESKIPUN gagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023, namun skuad hoki remaja lelaki kebangsaan masih ada tugas penting yang perlu diselesaikan.

Justeru, ketua jurulatih skuad hoki remaja negara, Muhamad Amin Rahim menggesa barisan pemainnya supaya mengekalkan fokus bagi memastikan skuad Young Tigers dapat menamatkan saingan di kedudukan No.9.

Beliau menegaskan, tidak ada sesiapa yang boleh berehat atau ‘berbulan madu’ memandangkan kejohanan masih belum berakhir dan mereka perlu mengharungi aksi penentuan tempat kesembilan hingga 16.



“Apabila sudah terkeluar daripada laluan ke suku akhir, pemain-pemain perlu buang perkara itu dan kekal fokus. Sekarang kita perlu siapkan diri dari segi mental, persediaan kerana kejohanan ini perlu diteruskan hingga hari terakhir.

“Tidak ada sesiapa yang boleh rehat kerana kejohanan ini belum tamat. Masih ada misi yang perlu diteruskan, iaitu pastikan pasukan dapat menamatkan saingan kali ini di kedudukan kesembilan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




Terdahulu, Malaysia mengalami kekalahan kedua dalam saingan Kumpulan A apabila tewas 2-5 kepada Australia kelmarin, sekali gus meranapkan hasrat Young Tigers untuk melangkah ke pusingan suku akhir.

Dalam pada itu, Amin tetap berbangga dengan semangat juang ditampilkan anak-anak buahnya dalam saingan peringkat kumpulan biarpun terpaksa akur dengan kekalahan kepada Australia dan juara bertahan, Argentina.

“Secara jujur, kita bukanlah pasukan pilihan dalam Kumpula A. Kita bermain baik pada perlawanan pertama, begitu juga ketika berdepan Argentina dan Australia, cuma kita tidak manfaatkan setiap peluang yang ada,” ujarnya.

Selepas ini, Malaysia akan meneruskan saingan pada kejohanan berprestij itu apabila dijadualkan bertemu Mesir bagi aksi penentuan tempat kesembilan hingga 16 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil esok.



Misi Young Tigers belum berakhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading