Dua maut, kereta bertembung petang tadi

Dua maut, kereta bertembung petang tadi

Dua maut, kereta bertembung petang tadi
Kereta PERODUA Kancil yang remuk selepas bertembung dengan kereta PROTON Persona dalam kemalangan mengorbankan dua orang di Kampung Baru Ketemba, Jalan Baru-Kulim- Grik, petang tadi. Gambar ihsan pembaca

BALING: Dua maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung di Kampung Baru Ketemba, Jalan Baru-Kulim- Grik, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, pemandu kereta PROTON Persona, Mohammad Syawal Mohd Sukri, 29, dari Kampung Teluk Penghulu Him, Sungai Petani dan penumpang kereta PERODUA Kancil, Rokiah Kassim, 59, dari Kampung Becah Sawa, Siong disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan badan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Baling menerima panggilan memaklumkan kemalangan maut membabitkan dua kereta itu pada jam 5.20 petang tadi.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kereta PROTON Persona dipandu Mohammad Syawal bersama keluarganya termasuk isteri, ibu, adik dan anak perempuannya dalam perjalanan dari Jeli, Kelantan untuk pulang ke rumah mereka di Sidam, Sungai Petani.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu

“Kereta PERODUA Kancil dinaiki Rokiah yang dipandu anaknya, Mohd Fawwaz Faizal, 28, pula dipercayai dari arah Kulim menghala ke rumah mereka di Kampung Becah Sawa, di sini.

“Kejadian berlaku ketika kereta PERODUA Kancil yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan sebelah kanan PROTON Persona itu.

“Impak daripada kemalangan itu, kereta PERODUA Kancil itu dipercayai berpusing dan terbabas di laluan PROTON Persona,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

Shamsudin berkata, kemalangan itu menyebabkan Rokiah yang juga penumpang depan PERODUA Kancil parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima panggilan pada jam 6.45 petang daripada petugas Unit Kecemasan Hospital Baling (HB) memaklumkan pemandu kereta PROTON Persona juga meninggal dunia dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke HB.

“Mayat kedua-dua mangsa yang maut dalam kemalangan itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya.

Shamsudin berkata, penumpang depan PROTON Persona, Nor Afiqah Johari, 27, yang juga isteri kepada Mohammad Syawal mengalami patah kaki kiri, manakala ibunya, Noor Milia Khidil, 54, cedera ringan.

Katanya, dua lagi penumpang kereta PROTON Persona iaitu adik mangsa, Ahmad Wafiy Mohd Sukri, 18, dan anak mangsa, Aisyah Mohammad Syawal, tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala Mohd Fawwaz yang memandu PERODUA Kancil mengalami cedera di muka.

Difahamkan, ketika kejadian Mohd Fawwaz dipercayai baru menjemput ibunya pulang bekerja di sebuah kilang di Kulim.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya

Dua maut, kereta bertembung petang tadi

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button