Indonesia, Filipina, Vietnam berdepan 17 siri bencana minggu lalu
Indonesia, Filipina, Vietnam berdepan 17 siri bencana minggu lalu
Jakarta: Indonesia, Filipina dan Vietnam berdepan 17 siri bencana minggu lalu (4-10 Disember), menurut Pusat Penyelarasan ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana (AHA Centre).
Agensi pengurusan bencana Indonesia, BNPB melaporkan bahawa banjir dan angin kencang menjejaskan Kalimantan Barat dan Tengah, Nusa Tenggara Barat, Sumatera Utara, Aceh, Sulawesi Barat dan Jawa Timur.
Gempa bumi berukuran 4.0 pada skala Richter yang melanda Jawa Barat pada 8 Disember dengan kedalaman lima kilometer memberi kesan kepada Sukabumi dan Bogor, mengakibatkan 559 individu terjejas termasuk 268 keluarga, menurut BNPB.
Ia juga menyebabkan seorang cedera, 73 hilang tempat tinggal dan 266 kediaman rosak, menurut pusat itu dalam kemas kini mingguan.
Agensi meteorologi itu turut merekodkan 28 kejadian gempa bumi melebihi 5.0 pada skala Richter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela
- Covid-19: Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula?
- Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen
Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik
Di Filipina, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) melaporkan gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter di Surigao del Sur pada 4 Disember, susulan gempa bumi 7.4 pada skala Richter pada minggu sebelumnya (2 Disember).
Kedua-dua gempa bumi terbabit menjejaskan 705,800 individu, 176,600 keluarga termasuk tiga maut, 86 cedera dan 3,000 terpaksa berpindah.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Dyke Vietnam turut melaporkan kejadian banjir dan tanah runtuh di Quang Ngai, di tengah Vietnam dalam tempoh itu.
Indonesia, Filipina, Vietnam berdepan 17 siri bencana minggu lalu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan