ACL: JDT tetap ‘bernafsu’ cipta kemenangan

ACL: JDT tetap ‘bernafsu’ cipta kemenangan

ACL: JDT tetap ‘bernafsu’ cipta kemenangan
SOLARI (kiri) dan Arif Aiman Hanafi menghadiri sidang media semalam menjelang aksi menentang BG Pathum pada saingan ACL.

ISKANDAR PUTERI – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari tetap bernafsu untuk mencipta kemenangan ketika menentang BG Pathum United pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), petang ini walaupun peluang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya sudah berkubur.

Solari memberitahu, kemenangan tersebut antara lain membolehkan skuad Harimau Selatan menamatkan kempen ACL di posisi terbaik sekali gus menebus maruah di pentas tertinggi kejohanan Asia itu.

Tambahnya, JDT yang masih berada di dalam ‘mood’ kemenangan selepas menewaskan Terengganu FC 3-1 pada aksi final Piala Malaysia, Jumaat lalu mahu membenam BG Pathum sekali gus mengulangi kejayaan menang 4-2 ke atas kelab dari Thaiand itu pada aksi 3 Oktober lalu.



“BG Pathum bukanlah lawan yang mudah kerana dibarisi pemain berkualti, pasukan itu menghuni tangga kedua Liga Thailand dan hanya tewas sekali setelah mengharungi 12 perlawanan.

“Malangnya, untuk perlawanan ini saya tidak dapat menggunakan khidmat Corbin Ong dan Shane Lowry disebabkan kecederaan ketika aksi final Piala Malaysia. Ini disebabkan kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang teruk ketika itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik




“Dalam masa sama, Shio Hong Wan juga tak dapat diturunkan selepas digantung satu perlawanan akibat mengumpul dua kad kuning, justeru, saya terpaksa melakukan rombakan kecil dan kita mempunyai pemain yang mampu mengisi kekosongan itu,” katanya.

Solari berkata, perlawanan ini juga penting sebagai kayu pengukur kemampuan liga tempatan yang sering dibandingkan dengan Liga Thailand sekali gus membentuk mentaliti positif di masa akan datang.

Katanya, sehubungan itu, skuad Harimau Selatan bersedia memberikan aksi terbaik dan menunjukkan kemampuan pasukan Liga Malaysia yang berentap di kejohanan terbesar rantau Asia ini.

Tambahnya, pemain juga dinasihatkan untuk memberi tumpuan kepada pemain import kelab Thailand itu yang mempunyai kelebihan mencipta jaringan walaupun hanya diberikan sedikit ruang.



“Pemain yang dimaksudkan itu ialah Danilo Alves dan Igor Sergeyev yang mempunyai sentuhan tajam di hadapan gol, selain itu pemain skuad kebangsaan Thailand juga perlu diberikan tumpuan.

“Kami menganggap pertemuan ini adalah satu cabaran getir buat pasukan dan juga platform buat JDT bagi membuktikan kemampuan pasukan untuk menutup tirai kejohanan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

ACL: JDT tetap ‘bernafsu’ cipta kemenangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button