UCL: Manchester United menagih keajaiban

UCL: Manchester United menagih keajaiban

UCL: Manchester United menagih keajaiban
UNITED berdepan tugas sukar apabila wajib meraih kemenangan ke atas Bayern pada aksi awal pagi esok. – AFP

PERLAWANAN terakhir Manchester United dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara awal pagi esok pastinya penuh liku dan onak yang terpaksa mereka tempuhi apabila mengharapkan dua keajaiban mampu berlaku.

Menentang salah satu pasukan gergasi bola sepak Eropah, Bayern Munich bukanlah satu tugas yang mudah ketika skuad kendalian Erik Ten Hag itu tidak boleh mengharapkan keputusan lain kecuali hanya kemenangan untuk membuka sedikit peluang.

Aksi pertama di Alliaz Arena sebelum ini menyaksikan United tewas 3-4 berdepan pasukan bimbingan Thomas Tuchel itu, malah aksi di Old Trafford juga seakan tidak mampu memberikan apa-apa kelebihan buat The Red Devils apabila mereka tewas tiga kali dalam lima perlawanan terakhir di laman sendiri.



Lebih memeritkan keadaan, kemenangan terhadap Bayern masih belum memberi jaminan untuk mereka layak ke pusingan 16 terbaik sebaliknya mereka perlu mengharapkan satu lagi aksi melibatkan pertemuan FC Copenhagen dan Galatasaray berakhir dengan keputusan seri kerana salah satu pasukan yang menang akan layak dan United tersingkir.

Bayern yang sudahpun mengesahkan kemaraan pada awalnya merancang untuk turun dengan aksi lebih santai, namun keputusan aksi Bundesliga hujung minggu lalu menyaksikan mereka terpaksa menukar rancangan apabila meletakkan matlamat untuk menang dan melepaskan geram ekoran kekalahan besar 1-5 berdepan Eintracht Frankfurt. – KOSMO! ONLINE

UCL: Manchester United menagih keajaiban


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button