Polis siasat bas polis buat pusingan U di lokasi tidak dibenarkan
Polis siasat bas polis buat pusingan U di lokasi tidak dibenarkan
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan mengenai sebuah bas milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikatakan membuat pusingan U di lokasi tidak dibenarkan sehingga terlanggar sebuah kereta seperti tular dalam media sosial.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata video kejadian dikesan dimuat naik di akaun TikTok @deafebianschannel1, kira-kira jam 6 petang kelmarin.
Katanya, siasatan awal mendapati bas tertera tulisan ‘Polis Kuala Lumpur’ membuat pusingan U di lampu isyarat di Jalan Batu Caves berhampiran Taman Greenwood, dekat sini kira-kira jam 2.30 petang, 6 Disember lalu.
“Bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Batu Caves, Selangor menghala ke Kuala Lumpur. Ketika cuba membuat pusingan U, bas itu mengundur dan dilihat terlanggar sebuah kereta Proton Wira putih yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftarannya,” katanya menerusi kenyataan, semalam.
Beliau sehubungan itu meminta pemilik akaun TikTok @deafebianschannel1 dan pemandu Proton Wira tampil membantu siasatan polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela
- Covid-19: Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula?
- Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen
Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik
“Mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019- 6026596 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03- 61262222,” katanya.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 112 LN 170/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959
Sementara itu, semakan di TikTok @deafebianschannel1 mendapati rakaman video itu diambil daripada satu rakaman video yang dimuat naik di YouTube MDH Viral Channel pada Isnin lalu.
Rakaman video berdurasi dua minit 10 saat itu dipercayai daripada rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Kelihatan bas itu cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat terbabit sedangkan lampu isyarat di laluan bertentangan juga sedang menyala hijau.
Pemandu bas kemudian terpaksa mengundurkan sedikit kerana tidak cukup ruang untuk membuat pusingan U namun terlanggar bahagian tepi sebuah kereta Proton Wira yang sedang meneruskan perjalanan di belakangnya.
Polis siasat bas polis buat pusingan U di lokasi tidak dibenarkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan