Transaksi sektor harta tanah negara catat nilai hampir RM200 bilion

Transaksi sektor harta tanah negara catat nilai hampir RM200 bilion

Transaksi sektor harta tanah negara catat nilai hampir RM200 bilion
AMIR Hamzah (tengah) menunjukkan buku Laporan Pasaran Harta 2023 di Institut Penilaian Negara (INSPEN). FOTO BERNAMA

Kajang: Pasaran harta tanah negara pada tahun lepas merekodkan lebih 399,000 transaksi dengan nilai hampir RM200 bilion, peningkatan 2.5 peratus dan 9.9 peratus daripada segi bilangan dan nilai transaksi berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, prestasi jualan harta tanah kediaman siap dibina yang tidak terjual menurun kepada 26,000 unit dengan nilai RM17.7 bilion pada 2023 berbanding hampir 28,000 unit bernilai RM18.41 bilion pada tahun sebelumnya.

Katanya, sektor harta tanah negara dijangka meneruskan momentum pemulihan sekalipun berdepan cabaran ekonomi global termasuk suntikan berterusan untuk pembangunan sektor harta tanah negara yang disediakan kerajaan Madani melalui Belanjawan 2024.



“Perkembangan positif pasaran harta yang didorong oleh langkah-langkah Belanjawan 2024 adalah selari dengan tinjauan ekonomi 2024 yang positif dan lebih kukuh berbanding 2023,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2023 di sini, semalam.

Menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam kenyataan, trend pertumbuhan positif transaksi harta tanah didorong oleh peningkatan transaksi dalam semua subsektor iaitu kediaman (7.1 peratus), komersial (17.5 peratus), perindustrian (13.1 peratus), pertanian (4.6 peratus) serta tanah pembangunan dan lain-lain (13.8 peratus ) berbanding 2022.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Saiful Terlepas Tindakan Dari Dewan Rakyat Tapi Berhadapan Hukuman Denda & Penjara Bawah Akta SPRM



Manakala bagi Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) berada pada 216.5 mata (RM467,144 seunit) pada 2023 dengan pertumbuhan tahunan sederhana 3.2 peratus, menurut jabatan itu.

“Semua negeri utama mencatatkan pertumbuhan tahunan yang positif, didahului oleh Johor (6.2 peratus), Pulau Pinang (3.8 peratus), Selangor (2.9 peratus) dan Kuala Lumpur (1.8 peratus),” katanya.

Transaksi sektor harta tanah negara catat nilai hampir RM200 bilion

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Yang Bayar Yuran Guaman Isham Jalil, Tanya Jer…



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button