Hujan lebat, banjir korbankan 100 orang
Hujan lebat, banjir korbankan 100 orang
Islamabad: Hampir 100 orang maut dan ramai yang cedera dalam insiden seminggu lepas berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda bahagian barat laut dan barat daya Pakistan.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional (NDMA), hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa (KP), Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir di bawah pentadbiran Pakistan, lapor Agensi Anadolu.
Setakat ini, 98 maut dan 89 lagi cedera di dalam kawasan ini akibat struktur bangunan yang runtuh, menurut laporan terkini NDMA.
Kira-kira 3,261 kediaman rosak dengan 536 daripadanya musnah sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan berasingan, NDMA mengeluarkan amaran hujan akan berterusan sehingga 22 April dengan potensi untuk banjir di Wilayah Balochistan dan KP.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ops Lalang: Bekas Hakim Gesa Kerajaan Mohon Maaf Cara Terbuka, Kenapa Bukan Mahathir Yang Mohon Maaf
- Titah Adendum: Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Titah Adendum YDP Agong
- DS Zahid Sahkan Titah Adendum Tahanan Rumah DS Najib Wujud
Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah
“Jangkaan jumlah hujan mampu mencetuskan banjir kilat di saluran air beberapa wilayah termasuk Khuzdar, Ziarat, Zhob, Sherani, Muslim Bagh, Quetta, Pishin, Kech, Panjgur, Gwadar, dan Turbat,” katanya.
NDMA juga meramalkan hujan lebat dari 25 hingga 29 April dan menggesa orang awam untuk menjauhi infrastruktur yang lemah strukturnya dan tidak memandu atau melalui laluan air.
Hujan lebat, banjir korbankan 100 orang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bersihkan Negara Dari BERSIH
- Pembenci mati akal apabila Zahid beri sokongan pembebasan Najib
- Menjadi kesalahan dan Teladan buruk jika kerajaan tidak akur dekree YDPA
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan