JPJ Pulau Pinang bimbang kesalahan trafik babitkan warga asing makin serius
JPJ Pulau Pinang bimbang kesalahan trafik babitkan warga asing makin serius
NIBONG TEBAL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang membangkitkan kebimbangan berhubung trend kesalahan jalan raya membabitkan warga asing yang semakin serius terutama tiada lesen memandu.
Pengarah JPJ negeri , Zulkifly Ismail, berkata sejak awal Januari hingga hari ini sejumlah 267 notis saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing dan 124 kenderaan disita yang semuanya disebabkan tiada lesen memandu.
Beliau berkata, itu tidak termasuk tahun lalu di mana 534 notis saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing yang mana 416 kenderaan disita.
“Kita dapati trend sejak kebelakangan ini kesalahan dilakukan warga asing agak serius dan bertambah.
“Jadi saya ingin ingatkan pemilik kenderaan supaya berhati-hati dengan tidak sewenang-wenangnya membiarkan kenderaan mereka dipandu warga asing yang tidak mempunyai dokumen memandu sah.
“Jika tidak mereka juga bakal berdepan tindakan khususnya di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya kenderaan mereka dikesan dipandu individu tidak memiliki dokumen memandu yang sah,” katanya ketika ditemui sewaktu meninjau operasi khas sempena Aidilfitri di Stesen Penguatkuasa JPJ di Valdor, di sini, hari ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut terbabit ops sama mengeluarkan 30 notis saman, diikuti Jabatan Imigresen yang melakukan lapan tangkapan warga asing.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) masing-masing mengeluarkan dua dan enam kompaun, manakala Agensi AntidDadah Kebangsaan (AADK) melakukan pemeriksaan air kencing terhadap 15 pemandu dengan enam daripadanya didapati positif dadah.
JPJ Pulau Pinang bimbang kesalahan trafik babitkan warga asing makin serius
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bersihkan Negara Dari BERSIH
- Pembenci mati akal apabila Zahid beri sokongan pembebasan Najib
- Menjadi kesalahan dan Teladan buruk jika kerajaan tidak akur dekree YDPA
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan