Gagal kemuka lesen bongkar penyelewengan diesel
Gagal kemuka lesen bongkar penyelewengan diesel
BUKIT MERTAJAM: Kegagalan pemandu lori mengemukakan lesen membawa diesel menyebabkan kenderaannya ditahan sebelum terbongkar aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi dalam satu serbuan Op Tiris 3.0, di sebuah stesen minyak, di sini, semalam.
Katanya, sepasukan anggota penguat kuasa kemudian turun menjalankan siasatan sebelum menemui sebuah lori kanvas berwarna biru yang pemandunya gagal menunjukkan lesen atau permit ketika diminta berbuat demikian.
“Pemeriksaan lanjut mendapati bahagian belakang lori diubah suai dan disyaki mengandungi muatan diesel.
“Nilai rampasan diesel adalah sebanyak 8,000 liter dianggarkan RM17,200 menjadikan nilai anggaran barang rampasan keseluruhan berjumlah RM55,200,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegasnya, KPDN Pulau Pinang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar negeri ini bagi mengekang ketirisan aktivti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.
Gagal kemuka lesen bongkar penyelewengan diesel