Perlu dapat restu PN untuk bubar parlimen?

 

 



Netizen dan rakyat tertanya adakah Perdana Menteri, YAB Dato Seri Ismail Sabri perlu mendapat ‘restu’ dari PN untuk membubarkan parlimen.

Ini berikutan sekeping foto dan kenyataan yang dinaikmuat menerusi akaun facebook Pengerusi Perikatan Nasional-PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi kenyataan tersebut, Muhyiddin memberi gambaran sebarang usaha pembubaran parlimen mestilah dirujuk terlebih dahulu memandangkan mereka (PN) adalah parti utama membentuk Kerajaan Persekutuan.

Natijahnya kenyataan Muhyiddin mendapat pelbagai reaksi negatif dari penyokong UMNO, netizen serta rakyat biasa.



 

 

Bagi mereka, sebagai Pengerusi PN, kenyataan Muhyiddin bersifat ugutan dan cuba menampakkan kelemahan Ismail selaku Perdana Menteri. PN cuba mengelirukan rakyat bahawa kerajaan hari ini walau diterajui UMNO tetapi masih berada di bawah telunjuk PN.



Oleh demikian apa sahaja tindakan yang akan dilakukan Ismail Sabri perlulah melalui proses rundingan dengan PN.

 

 



Ismail Sabri seolah digambarkan sebagai seorang PM yang lemah dan ‘takut’ bertindak walau tahu kerajaan hari ini tidak stabil mana dan belum mendapat kepercayaan luar tidak seperti BN.

Pada 19 Mac 2022, PM telah memberi jaminan kepada perwakilan UMNO sebarang usaha pembubaran parlimen akan dirunding oleh ‘Top 5’ UMNO.

Beliau memberi jaminan tersebut semasa menggulung ucapan dalam PAU 2021. BACA SINI

 



 

Jika diteliti pula Perlembagaan Persekutuan Perkara 40, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berkuasa mutlak untuk menolak pembubaran.

Perdana Menteri dan jemaah Menteri hanya boleh memberi nasihat kepada Baginda bagi memohon perkenan pembubaran parlimen.



Kini semua tertumpu kepada ketegasan Ismail Sabri dan netizen serta rakyat berharap yang terbaik daripada beliau. 

Ismail juga perlu lebih tegas agar tidak digambarkan sebagai seorang PM yang hanya mengikut telunjuk Muhyiddin.

Pembangkang akhirnya akan setuju angkat Muhyiddin?

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button