Ziha Salleh sedia hadap kritikan netizen
Macam tak percaya tewaskan penyanyi hebat lain
Ziha Salleh sedia hadap kritikan netizen
“Saya dah tempuh macam-macam perkara sepanjang tujuh tahun berkerja dalam industri, mesti ada pertikaian netizen. Saya juga nak dengar apa kata netizen.
“Siapa tahu, ada di antara reaksi yang diberikan boleh saya ambil sebagai pengajaran. Apa yang baik saya teruskan, apa yang kurang baik saya akan baiki,” katanya kepada mStar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.
- Umno akan lantik Ketua Penerangan baru?
- PRU15 – Azmin wajah baru di Shah Alam
Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) berlangsung penuh gilang gemilang di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada 12 September lalu.
Sementara itu, Ziha mengakui bukan mudah baginya meraih kemenangan itu kerana kesemua calon memiliki potensi besar untuk merangkul trofi berkenaan.
“Memang tak dinafikan lagu-lagu dia orang memang sedap, saya sendiri dengar. Tapi saya tak sangka lagu saya berada dalam kategori yang turut disertai oleh mereka yang sangat berbakat.
Saya tak sangka kategori saya bersama mereka berbakat.
ZIHA SALLEH
PENYANYI & PELAKON
“Seperti yang kedengaran adaptasi ini seratus peratus hati saya, jiwa saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ziha juga memberitahu genre ini merupakan kegemaran dia dan bapa membuatkannya tekad untuk meneruskan minat muzik berkenaan.
“Saya membesar di Johor Bahru dan merupakan seorang penari zapin. Saya rindu suasana zapin. Bila saya buat comeback dalam indutsri ini, bapa saya pun gemarkan lagu genre tradisional.
“Insyaallah, selepas ini saya akan teruskan usaha untuk keluarkan karya irama Malaysia dan etnik kreatif.
“Memang dari awal lagi, ini yang saya nak… ini saya punya genre dan inilah yang akan saya pertahankan dan saya persembahankan selepas ini,” ujarnya.
Selain itu, Ziha juga turut memenangi kategori Kulit Single/Album terbaik.
Ziha Salleh sedia hadap kritikan netizen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Anwar Akan Cabar Ismail Sabri Di Bera?
- Akar Umbi UMNO Sudah Tidak Berminat Dengan Pertemuan Top 5, Tetapi Menunggu Keputusan 28 September
- Gelombang Kemarahan Akar Umbi UMNO Sedang Menuju Ke Arah Presiden
- Manifesto PH tipu rakyat , Wan Saiful cuba cuci tangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :