Ringankan beban Bangladesh, AS salur dana kepada Rohingya
Ringankan beban Bangladesh, AS salur dana kepada Rohingya
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengumumkan bantuan kemanusiaan lebih AS$170 juta (RM777 juta) untuk disalurkan kepada etnik Rohingya yang berada di Myanmar dan beberapa negara jiran, termasuk Bangladesh.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menerusi kenyataan.
“Dengan bantuan baharu ini, jumlah dana yang disalurkan kepada Rohingya sudah mencecah hampir AS$1.9 bilion (RM8.7 bilion) sejak Ogos 2017, ketika lebih 700,000 etnik itu melarikan diri ke Cox’s Bazar, Bangladesh susulan operasi ketenteraan Myanmar,” katanya.
Bantuan itu disalurkan sebulan selepas agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan etnik Rohingya di Bangladesh ‘amat memerlukan bantuan’.
Lebih sejuta pelarian Rohingya tinggal di beberapa kem yang padat di selatan Bangladesh, sekali gus menjadi kem pelarian terbesar di dunia.
Bantuan kemanusiaan tersebut melibatkan lebih AS$93 juta (RM425 juta) dari Jabatan Negara AS dan lebih AS$77 juta (RM352 juta) dari Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa.
Washington sifatkan junta tentera Myanmar melakukan ‘penghapusan etnik’ terhadap Rohingya, menyebabkan kumpulan minoriti itu hidup terbiar tanpa negara. – REUTERS
Ringankan beban Bangladesh, AS salur dana kepada Rohingya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit
- “Dedahkan 19 perkara penting” – Ahmad Maslan
- Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :