Perang Rusia Ukraine Semakin Parah, Malaysia Tidak Boleh Di Tadbir Oleh Pemimpin Lemah
Perang Rusia Ukraine Semakin Parah, Malaysia Tidak Boleh Di Tadbir Oleh Pemimpin Lemah
Perkembangan terbaru mengenai peperangan antara Rusia dan Ukraine memberikan isyarat kepada kita bahawa ianya tidak akan berakhir dalam masa yang singkat.
Presiden Rusia, Vladamir Putin, mengumumkan Rusia telah mengerahkan seramai 300,000 tentera tambahan untuk dihantar ke medan peperangan.
Baca di sini:
Dalam respon balas, Pakatan Tentera Atlantik Utara (NATO) pula mengumumkan akan menghantar seramai 300,000 tentera ke Ukraine untuk mengimbangi kekuatan Rusia.
Baca di sini:
https://www.kosmo.com.my/2022/06/29/nato-kerah-300000-askar-untuk-halang-kemaraan-russia/
Pertempuran lebih 600,000 tentera di medan perang merupakan pertempuran armada tentera terbesar dejak berahirnya era perang dingin antara negara barat dan Rusia.
Lebih membimbangkan lagi, apabila Putin telah beberapa kali memberikan amaran bahawa Rusia akan menggunakan bom nuklear sekiranya barat terus campurtangan.
Baca di sini:
https://mykmu.net/2022/02/28/putin-beri-amaran-akan-tentang-barat-dengan-senjata-nuklear/
Dalam respon balas ancaman Rusia, Amerika telah memberikan amaran bahawa negara itu akan bertindak balas dengan tegas sekiranya Rusia menggunakan bom nuklear.
Baca di sini:
Sudahkah Kerajaan Bersedia Menghadapi Kesan Dari Perang Rusia Dan Ukraine?
Jarak antara Malaysia dan Rusia adalah sekitar 6,400 kilometer, manakala jarak antara Malaysia dan Ukraine pula adalah sekitar 8,200 kilometer.
Dan menurut pakar, bom nuklear yang dimaksudkan akan digunakan oleh Rusia bukanlah bom nuklear pemusnah besar-besar.
Atau ia adalah bom nuklear taktikal dengan kekuatan sekitar 0.3 hingga 100 kiloton.
Baca di sini:
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/09/apa-akan-berlaku-jika-putin-guna-senjata-nuklear/
Ini bermakna, sekiranya dipertimbangkan jenis bom nuklear yang digunakan dengan jarak medan peperangan dengan Malaysia, negara kita selamat dari kesan radioaktif.
Tetapi bukan itu yang menjadi kebimbangan.
Yan menjadi kebimbangan ialah kesan ekonomi yang akan berlaku sekiranya peperangan Rusia dan Ukraine berpanjangan:
- 90% sumber makanan negara adalah bergantung kepada impot dari negara luar, adakah bank makanan kita mencukupi sekiranya negara luar tidak lagi mengekspot makanan kepada kita?
- Nilai matawang ringgit dilihat semakin hari semakin lemah, sekiranya keadaan begini berterusan, apakah kerajaan sudah bersedia dengan kenaikan harga barang?
- Apabila ringgit semakin lemah, harga barangan makanan impot pasti akan naik, apakah kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk memberikan subsidi?
- Jumlah pengangguran di Malaysia sudah mencecah 1 juta orang, kini berhadapan kenaikan harga barang, sudahkah kerajaan bersedia dengan langkah untuk membantu mereka?
- Rakyat yang kelaparan, sama ada suka atau tidak, akan terdedah dengan penglibatan jenayah, sudahkah kerajaan sediakan perancangan untuk mengelakkannya?
Sebenarnya banyak lagi permasaalahan rakyat yang akan dihadapi sekiranya keadaan perang Rusia dan Ukraine semakin buruk.
Penulis tidak nampak kerajaan yang ada sekarang mampu untuk menghadapinya.
Negara memerlikan kerajaan yang lebih stabil dan kuat supaya usaha yang berkesan dapat dilakukan untuk membantu rakyat dan membangunkan negara.
Paling penting, negara memerlukan pemimpin yang bijak untuk menguruskan ekonomi negara dan bukan pemimpin yang tidak mampu membuka tudung botol ketika berucap di pentas dunia.
Perang Rusia Ukraine Semakin Parah, Malaysia Tidak Boleh Di Tadbir Oleh Pemimpin Lemah
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018
- DAP Hipokrit: Nik Abduh Pinjam Kerusi & Meja Suruh Siasat, Kes Banglo Guan Eng Gugur
- Mesej Akar Umbi Kepada Presiden UMNO, 30hb Bukan Hari Untuk Berlapang Dada